Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj alas kaki drpd belulang yg tidak disamak; 2. = ~ kayu sj alas kaki yg dibuat drpd kayu, kasut, gamparan; berterompah memakai atau mempunyai terompah: kakinya ~ kayu yg menghasilkan bunyi hentakan yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lapik kaki yg dibuat drpd belulang yg tidak disamak. 2 = ~ kayu lapik kaki yg dibuat drpd kayu. berterompah memakai terompah: Dia ~ ke bilik air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terompah (kata nama)
Bersinonim dengan gamparan, tekelek, kelum, kasut kayu, bakiak, cerpu, capal, selipar, lapik kaki.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gabungkan ayat tunggal. a.Mizi menyertai acara meniup belon. b.Mizi menyertai acara terompah gergasi.(dan) Jwp .Mizi menyertai acara meniup belon dan (acara) terompah gergasi.@ Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi. JAWAPAN YANG MANA SATU BETUL?Jawapan yang betul ialah "Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi".Tatabahasa12.08.2014

Kembali ke atas