Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj alas kaki drpd belulang yg tidak disamak; 2. = ~ kayu sj alas kaki yg dibuat drpd kayu, kasut, gamparan; berterompah memakai atau mempunyai terompah: kakinya ~ kayu yg menghasilkan bunyi hentakan yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lapik kaki yg dibuat drpd belulang yg tidak disamak. 2 = ~ kayu lapik kaki yg dibuat drpd kayu. berterompah memakai terompah: Dia ~ ke bilik air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terompah (kata nama)
Bersinonim dengan gamparan, tekelek, kelum, kasut kayu, bakiak, cerpu, capal, selipar, lapik kaki.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEROMPAH

TEROMPAH, alas kaki bertapak kayu atau kasut kayu dengan permukaannya diperbuat daripada kepingan getah (strap) yang dipaku di kedua-dua sipi tapaknya. Terompah kayu biasanya berwarna merah dan permukaannya juga daripada plastik berwarna merah atau berwarna-warni. Ada juga terompah kayu berwarna asli dan permukaannya diperbuat daripada getah tiub berwarna hitam.

BUDAYAAlat/Alatan
ALAS KAKI

ALAS KAKI, pakaian kaki seperti selipar, sepatu, kasut  kayu, kasut rumput (selipar daripada anyaman rumput), capal, terompah, sandal dan lain-lain.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas