Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Gumbur-gumbur dalam puan;
Baik balas baik tidak,
     Kita berhamba dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Bermaksud :

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Why is eating plenty of instans noodles bad for health? Mengapakah terlau banyak makan mi segera tidak baik untuk kesihatan? Mengapakah banyak makan mi segera tidak baik untuk kesihatan? antra dua ayat terjemahan berikut yang mana lebih tepat?Terjemahan yang betul ialah
Mengapakah makan mi segera terlalu banyak tidak baik untuk kesihatan?
Penyemakan dan penterjemahan06.11.2018
Penggunaan kata seru di bawah btl atau salah Oh permainan ini tidak baik utk kamu Ah saya tak suka kamu main itu Wah kamu asyik bermain saja

Ayat yang betul dengan kata seru dan tanda seru adalah seperti yang berikut:

(1)  Oh, permainan ini tidak baik untuk kamu!

(2)  Ah, saya tak suka kamu main itu!

 (3) Wah, kamu asyik bermain saja!
Tatabahasa12.03.2014
salam tuan, saya ingin mendapat penjelasan tentang perkataan "kolaborasi" yang sering digunakan dalam pertututran mahupun penulisan sedangkan maknanya merujuk kamus drewan merupakna perkara nyang tidak baik. mohon penjelasan lanjut. ada sesetengah jabatan jadikan slogan dengan menggunakan perkataan kolaborasi.....Kamus Dewan yang diterbitkan pada tahun 2006 hanya memasukkan makna kerjasama jahat, namun Kamus Inggeris-Melayu Dewan (kamus dwibahasa) telah memasukkan kedua-dua makna collaboration, iaitu kerjasama (working together) dan pakatan jahat (cooperation with enemy). Oleh itu, maksud kerjasama (working together) yang kini lebih banyak digunakan dalam penulisan berbanding dengan maksud pakatan jahat adalah betul. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa16.01.2012
Assalamualaikuk! Tuang, saya ingin bertanya perkataan JINJANG dan JENJANG yang terdapat dapam kamus PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Jinjang - si ketua dan lebih merujuk hatntu atau perkara-perkara tidak baik Jenang - merujuk tangga, leher dan jenjang pelamin. Tetapi dalam contoh perkataan lain, contoh perkataan SAMBUT perkataan jinjang juga ditulis JINJANG PELAMIN. 1. Adakah boleh bertukar ganti jinjang pelamin dengan jenjang pelamin?

Jawapan yang betul ialah jenjang pelamin.

Tatabahasa16.07.2010
Adakah perkataan "jelek" wujud dalam bahasa Melayu?Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah "jelik". Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "jelik" bermaksud buruk, hodoh, jahat, dan tidak baik.Lain-lain09.04.2022
apakah maksud perkataan daif? bolehkah anda bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan daif dan laif?? terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah, contoh ayat: Tidak baik jika kita memandang rendah kepada orang yang daif.Makna01.04.2010
apakah beza perkataan sesal dan kesalMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.05.2009
Bolehkah 'mood' dalam Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? Misalnya, 1. Minuman seperti teh herba boleh membantu kita memelihara mood yang baik. 2. Jangan ganggu ibu. Mood ibu tidak baik hari ini. Sekian, terima kasih.Tidak ada perkataan "mood" dalam bahasa Melayu. "Mood" boleh dirujuk dengan perkataan "angin" atau "suasana".Tatabahasa07.06.2017
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan?Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan.Istilah04.03.2012
Tolong berikan ayat contoh masing-masing bagi kata hubung berpasangan yang berikut. (a) baik... baik (b) entah... entahTatabahasa Dewan tidak menerima  kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh pasangan gramatis adalah seperti, baik - mahupun; sama ada - atau; dan daripada - lebih baik. Tidak ada contoh pasangan gramatis baik - baik dan entah - entah.Tatabahasa16.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas