Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(38)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar. Perlu tak 'guru besar' ditulis sebagai'Guru Besar' seperti ' Menteri Besar' kerana nama jawatan ? Terima kasih

Tidak perlu dieja menggunakan huruf besar. Menteri Besar di eja menggunakan huruf besar kerana nama jawatan. Guru besar dieja dengan huruf besar sekiranya Guru Besar Karim. Sama juga dengan Menteri Besar atau Menteri Pertanian.

Tatabahasa11.03.2010
1. guru besar perlu tulis huruf besar G dan huruf besar B dalam ayat tak? 2. Buah kelapa muda itu mahal harganya di Restoran Mahligai. Ayat di atas betul tak? Add kesalahan tak?1. Guru besar tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana guru besar merupakan kata nama am.

2. Ayat yang gramatis ialah Buah kelapa di Restoran Mahligai itu mahal harganya.
Tatabahasa30.08.2017
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
Saya hendak bertanya; 1) guru besar atau 2) Guru Besar Manakah yang betul ? Perlu guna huruf besar ataupun tidak perlu. Terima kasih.

Kedua-duanya betul, mengikut konteks ayat. Jika merujuk kepada umum, guna guru besar. Jika merujuk kepada guru besar tertentu/guru besar yang dimaksudkan, boleh dieja dengan Guru Besar.

Ejaan01.08.2011
Selamat sejahtera, Puan Ambika Guru Besar di SJKT Bukit Permai.Puan Ambika guru besar yang peramah.(adakah kedua-dua guru besar perlu ditulis huruf besar?) Terima kasih.

Perkataan guru besar dalam kedua-dua ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar pada huruf pertama kerana merujuk kepada kata nama am.

Perkataan guru besar hanya ditulis menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan sekiranya merujuk kepada kata nama khas, seperti Guru Besar SJKT Bukit Permai.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 84 - 85.

Tatabahasa15.01.2024
Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih.Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana.Ejaan13.03.2012
Cara mengenalpasti dan mengatasi kesalahan huruf besar pada awal ayat dan kata mana khas.Perkataan bagi permulaan ayat hendaklah sentiasa ditulis menggunakan huruf besar, tidak kira perkataan itu kata nama khas atau sebaliknya. Kata nama khas merujuk kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya. Huruf pertama ejaan kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar. Contoh:
Manusia: Hang Tuah, Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Barak Obama
Bukan Manusia: Jibrail, Imperata cylindrica (lalang), Bujang Senang.
Tatabahasa29.03.2013
Salam..saya ingin bertanya tentang kata nama khas bagi perkataan " Hari Deepavali". Huruf H pd perkataan "hari" perlu ditulis dgn huruf besar @ tidak? Bagaimana pula dgn hari Isnin, Selasa, Rabu & seterusnya? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar pd perkataan " hari ".. harap dapat berikan penjelasan.terima kasihEjaan yang betul ialah hari Deepavali sama seperti hari Isnin. Kekeliruan timbul kerana ungkapan Hari Deepavali sering digunakan dalam rangkaian nama khas seperti Selamat Menyambut Hari Deepavali, maka Hari Deeapavali dieja dengan huruf besar pada pangkal katanya.Ejaan23.07.2015
Salam tuan, Adakah ejaan guru besar dan ayat di bawah betul? Contoh ayat: 1.Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia.1. Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. - guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil
2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. - ejaan yang betul Guru besar En Mohammad Sani ...
Tatabahasa20.06.2012
Adakah perkataan taman sains, guru besar perlu ditulis huruf besar di permulaan perkataan itu?Tidak perlu ditulis huruf besar jika dalam ayat atau frasa tetapi jika sebagai tanda nama, papan tanda atau judul buku boleh ditulis huruf besar bagi permulaan perkataan tersebut iaitu T, S, G dan B.Lain-lain16.01.2007
12345678910...

Kembali ke atas