Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi; berwadahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wadah: kita telah dapat mengemukakan penyelesaian agama dgn ~ ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, di samping berdoa dan bertawakal kpd Allah; mewadahi menjadi wadah kpd (atau bagi): kebosanannya sudah lama ~ kekecewaan utk mendapatkan sebarang kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bekas atau tempat mengisi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wadah (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: balang

2. Bersinonim dengan alat: asas, medan, saluran, media.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
issue traywadah pinjamanPerpustakaanTiadaTiada
cased sleevelengan wadahKesenianTiadaLengan panjang pakaian wanita yang mempunyai bahagian fabrik yang berselang-seli dengan pita sisip. Dipakai pada tahun 1810 hingga 1820-an.
cased sleevelengan wadah/lengan kasingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ruffles headingkepala ropolKesenianTiadaBahagian atas garisan wadah lisu atau kedut lepas pakaian dan hiasan rumah.
conidiumkonidiumBiologiMikologiSpora kulat yang dihasilkan tidak di dalam wadah tertutup secara aseks melalui pengecutan sterigma atau bahagian hifa. konidiospora bd. spora.
bleedjujuhKejuruteraanPetroleumMengeluarkan sebahagian atau seluruh bendalir yang terdapat di dalam sesuatu tempat atau wadah yang umumnya dilakukan perlahan-lahan melalui injap atau paip yang disebut peleleh.
Malaysian Theatre FestivalFestival Teater MalaysiaKesenianDrama dan TeaterProgram pementasan peringkat kebangsaan di Malaysia yang dijalankan secara tahunan mengikut peringkat negeri dan zon yang menjadi wadah penggiat teater mempamerkan kreativiti. Festival ini merupakan lanjutan daripada Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun 70-an hingga 1980-an.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
literaturekesusasteraanKesusasteraanTiadaKarya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, manakala dari perspektif yang lain, kesusasteraan bukan luahan peribadi pengarangnya, justeru teks dianggap sebagai karya yang menyisihkan pengarangnya. Kesusasteraan dapat membangkitkan pengalaman estetik dan meninggalkan kesan kepada emosi khalayak secara terkawal dan tidak menggerakkan khalayak untuk bertindak. Justeru, pornografi dan propaganda tidak dapat dianggap sebagai karya sastera kerana bahan-bahan itu mendorong khalayak untuk bertindak negatif. Kesusasteraan secara umumnya berbeza dengan sains, sejarah, dan falsafah kerana kesusasteraan mempunyai sifat intrinsiknya yang tersendiri. Kesusasteraan dianggap sebagai objek seni yang dibina oleh bahasa, dan bersifat unik, utuh kendiri, dan autonomous. Kesusasteraan juga mempunyai sifat-sifat yang ada pada karya seni seperti keseimbangan, komposisi, dan struktur.

Kembali ke atas