Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ABC 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Manakah antara ayat berikut yang lebih gramatis/sedap didengar atau kedua-duanya pun boleh diterima? 1. Buku itu telah dibeli oleh saya di Syarikat ABC. 2. Buku itu telah saya beli di Syarikat ABC. 1. Manakah antara buku ini yang telah dibaca oleh anda? 2. Manakah antara buku ini yang telah anda baca?Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:
  1. Buku itu telah saya beli di Syarikat ABC.
  2. Manakah antara buku ini yang telah anda baca?

Tatabahasa25.03.2022
Apakah perbezaan ayat 1 denagn ayat 2 dari segi maksud (jika ada). Ayat manakah lebih tepat digunakan? Ayat 1 - Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. Ayat 2 - Pihak tuan hendaklah mengirim senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC.1. Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. - Ayat ini yang paling tepat kerana mengirim bermaksud menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi pos dan sebagainya; manakala mengirimkan bermaksud menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, atau mengutus. Dalam ayat tersebut mengirimkan di sini bermaksud menghantar.Tatabahasa12.01.2010
Selamat pagi. Boleh tahu padanan ayat yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk perkataan seperti berikut: 1. "Customize / Customization". Contoh ayat: Customize laporan mengikut keperluan / Report Customization 2. "Reconcile / Reconciliation. Contoh ayat: Reconcile transaksi daripada sistem ABC ke sistem BDE / ABC System Reconciliation / Opening Entry Reconciliation 3. Wujudkan perkataan "Progres" dalam bahasa melayu. Saya pernah nampak dalam satu laporan. Sub tajuk: Laporan dan Progres Pembangunan Sistem.. English sepatutnya Progress.. yang ditulis sebagi progres Terima kasih.1. Customize - Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'customize' bermaksud membuat mengikut tempahan atau  pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk 'customized' ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'customize' lebih bermaksud 'sesuaikan' - Sesuaikan laporan mengikut keperluan. 
Cutomization - istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

2. Reconcile - dalam konteks ayat yang diberikan padanan yang sesuai ialah 'menyesuaikan'. 
    Reconciliation - dalam konteks ayat yang diberikan padanan yang sesuai ialah 'penyesuaian'. 

3. Perkataan 'progress' terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah 'kemajuan' atau 'perkembangan' mengikut kesesuaian ayat.
    - Laporan dan Kemajuan Pembangunan Sistem
Makna04.08.2021
Saya difahamkan ungkapan "adalah" tidak boleh digunakan sebelum kata kerja. Namun demikian, saya sering mendapati dalam surat-menyurat khususnya daripada jabatan kerajaan, ayat-ayat berikut digunakan: (1) Memo tuan bertarikh 10.10.11 "adalah" [dirujuk]. (2) Dengan hormatnya, perkara di atas "adalah" [dirujuk]. (1) Perkara di atas "adalah" [berkaitan]. (1) Syarikat ABC "adalah" [tertakluk] kepada Terma dan syarat perjanjian. (2) Kontraktor "adalah" [terikat] kepada terma dan syarat di dalam Kontrak ini. (3) Tafsiran "adalah" [mengikut] fasal 12 Perjanjian ABC. Adakah penggunaan ungkapan "adalah" seperti di atas betul? Bolehkah ungkapan "adalah' digugurkan? Apakah ayat-ayat yang sebetulnya?Seperti yang dimaklumi kata sendi "adalah" tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Oleh itu, ayat/frasa yang betul ialah "perkara di atas dirujuk" atau "Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas" dan "Perkara di atas berkaitan". Walau bagaimanapun terma undang-undang banyak menggunakan kata "adalah" + kata kerja seperti dalam ayat yang seterusnya. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.Tatabahasa19.10.2011
Dalam minit mesyuarat, saya perlu menulis ayat seperti di bawah: 1. i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti berikut:'Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC'. Soalan: Adakah tatacara penulisan dengan penggunaan tanda (:) diikuti tanda (') adalah betul? Sila beri tunjuk ajar

Tanda baca titik bertindih (:) boleh digunakan kerana fungsinya memperkenalkan atau menambah keterangan.

Manakala tanda petik tunggal (') tidak perlu digunakan kerana selalunya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit dengan tanda petik (").

Maka, penggunaan tanda baca yang betul adalah: i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti yang berikut: Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC.

Tatabahasa01.06.2011
Di manakah silap ayat ini: 1.Perkara ini dibincang dan ditegur secara serius setiap kali dalam mesyuarat lembaga pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil. 2. Tuan/Puan hendaklah memakai baju yang bersesuaian.

1. Perkara ini telah dibincang dan ditegur secara serius setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah ABC Sdn. Bhd. supaya tindakan sewajarnya diambil.1"> 

2. Tuan/Puan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.1">

Tatabahasa07.04.2017
Saya ingin memohon contoh paparan papan iklan bagaimana caranyaPaparan iklan:
1. Keterangan iklan - PEJABAT URUSAN (saiz paling besar)
2. Nama Syarikat - ABC Sdn. Bhd.
3. Keterangan Tambahan (jika ada)
4. No. Pendaftaran iklan
Lain-lain05.02.2015
1. Apa perbezaan makna perkataan 'layanan' dan 'perkhidmatan'? yang mana lebih sesuai digunakan untuk digunakan sebagai tagline sesuatu institusi yang memberikan 'servis' terbaik untuk pelanggan? 2. Bolehkan perkataan tindakan saranan digunakan serentak? Contoh ayat: Pihak ABC telah membentangkan status tindakan saranan yang dikemukakan oleh Ali.

1. Terjemahan yang betul ialah "perkhidmatan" dan bukannya servis.

2. Perkataan saranan bermaksud cadangan, oleh itu tindakan cadangan tidak jelas maksudnya, kemungkinan tindakan untuk sebarang cadangan yang dikemukakan oleh seseorang.

Tatabahasa14.01.2010
Dalam penulisan buku, perlukah dimasukkan kata sapaan YBhg. di hadapan gelaran kehormat seseorang yang bergelar, contohnya, Dato', ATAU memadai dengan menulis gelarannya sahaja. Contohnya: Penulis mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Dato' ABC yang sudi menyalurkan dana penyelidikan sebanyak RMXX bagi .........

Lazimnya dalam penulisan buku, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah,  Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... 1">

Lain-lain20.12.2018

Kembali ke atas