Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata AFA


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL-

Nasa’iy, Abu ‘Abd al-Rahman al- (215–303 H/

830–915 M), salah seorang imam hadith yang

menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini

riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya

ialah Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn

‘Ali al-Khurasaniy al-Nasa’iy al-Kabir, seorang kadi,

imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah

beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu

daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq,

Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia

berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun.

Al-Hakim berkata: “Al-Nasa’iy ialah ulama yang

mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada

zamannya, dan merupakan yang paling arif di

kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih

dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan

perawinya”. Al-Nasa’iy banyak mengarang kitab,

antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang

hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra;

Khasa’is ‘Ali; Musnad ‘Ali dan al-Du‘afa’ wa al-

Matrukun bi Musnad Malik .

UMUM 

Kembali ke atas