Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Automated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu mesin yg memberikan khidmat juruwang secara automatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ATM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan istilah mesin ATM betul ? kerana dalam ATM itu sendiri sudah ada perkataan machinePenggunaan bagi istilah ATM (Automated Teller Machine) ialah Mesin ATM. ATM ialah mesin yang membolehkan urusan perbankan seperti pengeluaran dan pemasukan wang, kemasukan cek dan pertanyaan baki dibuat melaluinya tanpa perlu ke kaunter (Kamus Dewan Perdana)Lain-lain27.07.2022
Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan terangkan kepada saya ayat yang berikut: 1. Ali mengeluarkan wang dari / daripada mesin ATM. 2. Mesin ATM dalam ayat ini menunjukkan sumberkah ataupun tempat? 3. Bagaimanakah kita hendak membezakan sumber dengan tempat ? 4. Kalau tempat itu menunjukkan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya kita senang membezakan tetapi kalau seperti ayat di atas ada yang mengatakan mesin ATM itu tempat dan ada pula yang mengatakan itu tempat, keadaan seperti ini amat mengelirukan saya. 5. Berharap agar tuan dapat mengajar saya cara untuk membezakan antara tempat dan sumber. Sekian, terima kasih.

1. Ali mengeluarkan wang daripada mesin ATM. - Ungkapan yang betul ialah daripada kerana merujuk punca duit itu dikeluarkan, manakala tempat ialah ruang berlakunya sesuatu. Seperti yang saudara nyatakan tempat ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, utara, selatan dan sebagainya. Untuk lebih memahami perbezaan penggunaan dari dan daripada, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268-272. 

Tatabahasa13.08.2011
Penggunaan kata sendi dari,daripada. 1) bangun dari / daripada tidur? Jika dari/ daripada, apakah alasannya. 2) mengambil wang dari / daripada mesin ATM?Bangun daripada tidur dan daripada mesin ATM. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.Tatabahasa30.07.2012
Berdasarkan halaman 57 Pedoman Pembentukan Ejaan tentang penggunaan tanda sempang, cara menulis "kad ATMnya" dan "IDnya" akan menjadi "kad ATM-nya" dan "ID-nya". Mohon pengesahan, terima kasih.Penggunaan tanda sempang untuk merangkaikan apa-apa kata lain yang dieja dalam huruf besar dengan apa-apa bentuk kata yang dalam huruf kecil, atau sebaliknya. Penggunaan tanda sempang, cara menulis "kad ATMnya" dan "IDnya" akan menjadi "kad ATM-nya" dan "ID-nya" adalah betul.
Tatabahasa27.01.2023
Salam Ramadan. Adakah perkataan "menyahubungkan" boleh digunakan sebagai terjemahan de-link? Cth ayat: You can de-link your card with your ex-spouse via ATM.Tuan,

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, de-link boleh diterjemahkan kepada mengenyahhubungkan.

Penyemakan dan penterjemahan07.05.2019
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya?Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat IslamLain-lain16.05.2007
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

kreatif  kata adjektif
1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain:
Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas.

2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi:
Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu

inovatif kata adjektif
(berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi:
Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan.

inovasi kata nama 
1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM.
2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu:
Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka.
kata kerja transitif 3 lihat menginovasi;

Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita.
Makna02.05.2023

Kembali ke atas