Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ubi suntubi suntKesusasteraanTiadaPembukaan kata kepada beberapa puisi-puisi hujung abad pertengahan yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu jenis puisi yang mengkhususkan tentang kehidupan dan keindahan alam.
triviumtriviumKesusasteraanTiadaSoal tatabahasa logika dan retorik yang menjadi salah satu daripada tujuh seni yang liberal pada abad pertengahan.
castlekubu kota; mahligaiSejarahTiada2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri.
aphrodisiac funguskulat afrodisiakBiologiMikologiKulat Elaphomyes cernivus (E.granulatus) yang digunakan sebagai bahan perangsang seks, terutamanya oleh orang Eropah sejak abad pertengahan.
chivalric literaturesastera kesateriaanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain).
triolettrioletKesusasteraanTiadaBentuk rima Perancis yang tetap mengandungi 8 dan 2 rima. Baris pertama diulangi seperti di baris keempat, baris kedua dan kelapan adalah hampir serupa. Ia hanya sesekali digunakan oleh penulis-penulis puisi Perancis seperti Daschamps dan froissart di akhir abad Pertengahan.
mimemimosKesusasteraanTiadaBentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan.
pageantpageanKesusasteraanTiadaPerarakan yang hebat, pameran atau suatu siri tablo yang terdapat dalam drama pendek untuk memperingati peristiwa sejarah yang penting. Penumpuannya adalah kepada kostum yang mewah serta hebat dan biasanya tanpa dialog. Pada asalnya, pagean merujuk kepada pentas bergerak yang digunakan sebagai tempat untuk melakonkan drama mukjizat di Eropah pada abad pertengahan. Lihat juga tablo.
wingskepak bahuKesenianTiadaHiasan yang menonjol di atas bahu dublet atau gaun. Adakalanya berbentuk gulungan berped atau bulan sabit yang dijahit pada keruk lengan.Popular dari pertengahan abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-17.
giletgiletKesenianTiada1. Istilah untuk rompi dan weskot pendek. Popular pada tahun 1950-an dan 1960-an.,2. Plastron beropol dan berenda yang dipakai oleh wanita pada pertengahan abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-20. Dipopularkan semula pada tahun 1980-an.
12345678

Kembali ke atas