Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n Afghanistan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Afghanistan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Afganistan woolbulu bebiri AfghanistanKesenianTiadaTiada
Balas rubydelima BalasGeologiTiadaSejenis permata daripada spinel yang berwarna jingga atau merah jambu pucat dan terdapat di wilayah Badakhsan di Afghanistan Utara.
seistan windangin seistanMeteorologiMeteorologi Perhubunganangin utara yang bertiup kencang dalam musim panas di wilayah Seistan, di bahagian timur Iran dan Afghanistan. Angin ini bertiup hampir secara berterusan untuk kira-kira empat bulan (dari hujung Mei hingga ke hujung September) dan oleh itu angin ini disebut 'angin 120 hari'. Kelajuan angin ini kadangkala mencapai kelajuan taufan.
land locked statenegara tanpa lautSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
third-party diplomacydiplomasi pihak ketigaSains PolitikHubungan AntarabangsaCara menyelesaikan pertelingkahan dengan melibatkan pihak ketiga. Campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk membawa kedua-dua pihak yang bertelagah ke meja perundingan kerana permusuhan antara dua pihak tidak memungkinkan mereka mengadakan perjumpaan dua hala. PBB bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengadakan diplomasi. Contohnya, isu perang Iran-Iraq dan penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah dirundingkan di bawah naungan PBB. Presiden Jimmy Carter dan Bill Clinton pula telah cuba menjadi perantara dalam menyelesaikan konflik Arab-Israel di Camp David.
major powerkuasa utamaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang diiktiraf sebagai memiliki ke kuatan ketenteraan, pengaruh politik dan kekayaan ekonomi yang besar di peringkat dunia dan suaranya sentiasa mendapat perhatian. Antara kuasa utama ialah negara yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang terdiri daripada Great Britain, Amerika Syarikat, Perancis, China dan Rusia. Dalam majlis ini, mereka memiliki kuasa veto terhadap keputusan yang telah dibuat. Dasar luar negara ini boleh mempengaruhi perkembangan politik dunia seperti campur tangan Amerika Syarikat ke atas Iraq atau tindakan Soviet Union menyerang Afghanistan pada dekad 1980-an. Kuasa utama juga merujuk kepada negara lain yang besar pengaruhnya terutama dalam mempengaruhi ekonomi dunia seperti Jerman dan Jepun.
constitutional authoritarianismautoritarianisme berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan autoritarian yang berasaskan perlembagaan. Pemerintahan ini mengekalkan ciri-ciri autoritarianisme seperti pemusatan kuasa, kawalan undang-undang yang ketal dan penolakan idea kebebasan individu atau hak individu. lni bermakna, perlembagaan yang diasaskan dalam sistem autoritarian ini tidak sama dengan konsep perlembagaan yang wujud dalam sistem demokrasi. Perlembagaan dalam sistem ini amat berkait rapat dengan unsur-unsur agama, adat atau budaya. Perlembagaan pula dibentuk dan dibincangkan hanya di kalangan elit yang memerintah tanpa merujuk kepada pandangan pembangkang dan majoriti masyarakat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Afghanistan semasa pentadbiran Taliban pada dekad 1990-an.

Kembali ke atas