Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sj tumbuhan (pokok), pulai, Alstonia angusti­folia; b) sj tumbuhan (pokok renek), akar cabang lima, akar meruan, lilimbo, Spheno­desma barbata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Akar lumut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
columellakolumelaBiologiHistologi dan Sitologi1. Sekumpulan sel steril yang tersusun di bahagian tengah kapsul lumut jati, lumut hati dan sporangium kulat. 2. Bahagian tengah seperti pada jidal akar, paksi koklea, rangka karang tertentu dan cangkerang gastropod. 3. Bahagian bawah septum nasal. 4. Sel menjari yang berbentuk seperti batang pada debunga atau dinding spora.
rhizophorerizoforBiologiHistologi dan SitologiCabang lokos yang tumbuh ke bawah ke dalam tanah dan hujungnya mengeluarkan akar, seperti lumut cokmar.
acid peatgambut berasidPertanianAgroteknologiBahan organik yang terdiri daripada akar, batang dan daun tumbuh-tumbuhan, serta lumut yang telah reput, dan terdapat di tanah gambut. Bahan ini mempunyai ciri keasidan yang tinggi (nilai pH kurang daripada 4.0), berwarna gelap dan mempunyai kadar penyerapan air yang tinggi. Bahan ini digunakan sebagai baja atau media tanaman bagi kawasan yang mempunyai tanah yang beralkali.
thallustalusBiologiHistologi dan SitologiJasad tumbuh-tumbuhan yang tidak membeza menjadi daun dan batang; mungkin berupa sel tunggal, filamen sel atau struktur multisel yang bercabang kompleks, dan apabila berkeadaan sedemikian, akar tidak wujud. Contohnya, jasad vegetatif talofit dan sesetengah lumut hati.
Medicinal plantTumbuhan ubatanPertanianTiadaTumbuhan yang digunakan untuk merawat penyakit, menjaga kesihatan dan perhiasan diri. Tumbuhan ini terdiri daripada jenis pokok, herba, buluh, palma, paku- pakis, orkid, pokok renek, spesies akuatik, kulat, alga, lumut, liken, epifit dan parasit. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, akar, batang, bunga, buah, biji, rizom, umbisi, tuber, getah, damar atau keseluruhan pokok sebagai bahan mengubati penyakit.
medicinal planttumbuhan ubatanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang digunakan untuk perawatan penyakit, penjagaan kesihatan dan perhiasan diri. Tumbuhan ini terdiri daripada jenis pokok, herba, buluh, palma, paku-pakis, orkid, pokok renek, spesies akuatik, kulat, alga, lumut, liken, epifit dan parasit. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, akar, batang, bunga, buah, biji, rizom, umbisi, ubi, getah, damar atau keseluruhan pokok sebagai bahan untuk mengubati penyakit.

Kembali ke atas