Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.lah.yar.ha.mah] | الله يرحمه

Definisi : Ar kata ganti diri yg diguna­kan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah me­ninggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Allahyarhamah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan ALLAHYARHAMAH digantikan kepada ALLAHYARHUMUHA kerana makna dari terjemahan bahasa Arab lebih tepat kepada ganti diri perempuan. Terima Kasih
Kamus Dewan juga menakrifkan "Allahyarham" sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata "Allahyarhamah" ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha". "Allahyarhamha" ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia.
Ejaan11.08.2021
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Allahyarhamah" digunakan sebagai ganti diri bagi orang perempuan yang telah meninggal dunia. Rujukan dengan beberapa guru bahasa Arab bersetuju bahawa "Allahyarham" digunakan untuk kedua-dua perempuan dan lelaki yang lelaki yang telah meninggal dunia kerana tiada kata jamak (mah) untuk mereka yang telah meninggal. Mohon pencerahan.Kamus Dewan juga menakrifkan allahyarham sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata allahyarhamah ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu allahyarhamha. allahyarhamha ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia.Istilah21.12.2020
Saya mendapati istilah ALLAHYARHAMAH yang digunapakai dalam Kamus Dewan tidak terdapat dalam bahasa Arab. Hal ini kerana, kaedah bahasa Arab tidak membenarkan kemasukkan ta marbutah (melambangkan wanita) ke dlm kata kerja (feel). Frasa Muslim utk lelaki dan Muslimah utk wanita adalah betul kerana ia adalah kata nama. Manakala tiada perkataan Yarhamah bagi perkataan Yarham (lelakii) kerana ia adalah feel mudharik (kata kerja)

Kamus Dewan Perdana menakrifkan "Allahyarham" bermaksud Allah memberi rahmat, iaitu kata yang digunakan bagi orang Islam lelaki dan wanita yang telah meninggal dunia. Kata “Allahyarhamah” pula merujuk jantina, iaitu wanita Islam yang telah meninggal dunia. Walaupun kata “Allahyarhamah” ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha", bagi wanita Islam yang telah meninggal dunia.

Makna19.02.2022
Mohd Feisal Mohd Pop JUN 29TH, 8:53AM Apa beza "Allahyarhamah" dan "Almarhumah"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal, manakala almarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Istilah29.06.2016
Mengapa media hanya menggunakan perkataan Allahyarham tetapi jarang sekali menggunakan perkataan Allahyarhamah ?Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang  perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal. Saudara boleh merujuk media yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Istilah30.03.2010
sebab kesalahan seiras-iras

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan seiras-iras bermaksud hampir serupa atau sama dengan seseorang atau sesuatu, seiras. Contoh ayat, Dia seiras-iras wajah Allahyarhamah Saloma. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana.

Makna16.05.2023
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain?Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum.Makna05.12.2007

Kembali ke atas