Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Arab 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ejaan yang betul bagi padanan United Arab Emirates? 1) Emirriyyah Arab Bersatu (menurut Dokumen Tambahan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia); atau 2) Emiriah Arab Bersatu (menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan); atau 3) Emiriyah Arab Bersatu (menurut Istilah Sains Politik pada laman PRPM). Terima kasih kerana membantu.Ejaan yang diterima pakai adalah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu “Emiriah Arab Bersatu”.Ejaan30.05.2019
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)?Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan
b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama).
Tatabahasa03.09.2014
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
Selamat petang. Mohon pencerahan. 1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Kata terkenal dalam ayat 1 ialah kata kerja atau kata adjektif? 2.Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Kata terkenal dalam ayat 2 ialah kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih.1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Terkenal - kata kerja tak transitif
2. Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Terkenal - kata adjektif 
Tatabahasa25.07.2021
1. Mengapakah semakin banyak kata Arab seperti intihanya yang digunakan dalam karangan SPM tetapi masih tidak lagi dimasukkan ke dalam istilah Kamus Dewan? 2. Kata-kata Arab semakin banyak digunakan dalam karangan, adakah ini menjadikan karangan lebih berkualiti?Untuk makluman tuan Kamus Dewan diterbitkan dalam tempoh beberapa tahun tertentu. Maka entri baharu perlu menunggu tempoh beberapa ketika untuk dimasukkan dalam kamus. Penggunaan kata Arab dalam wacana harus disesuaikan mengikut konteks. Jika dalam amajlis/cara keagamaan amat sesuai sekali penggunaan kata Arab, manakala untuk tujuan karangan dan peperiksaan hendaklah merujuk guru di sekolah.  Tatabahasa23.06.2015
Manakah yang paling tepat bagi ayat ini? 1. Buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. atau 2. Buku itu diterjemahkan ke bahasa Arab.Ayat yang betul, buku itu diterjemahkan dalam bahasa Arab.
Lain-lain12.01.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang tepat untuk frasa Ummul Kitab yang berasal dari Bahasa Arab iaitu أم الكتاب? 2. Bagaimanakah cara menulis perkataan kalimah Bahasa Arab yang ditulis dalam tulisan Rumi? Adakah perlu dieja mengikut cara sebutan ataupun ditulis perkataan demi perkataan? Contoh:- الإِبَانَةُ والإِفَاضَةُ فِي أَحْكَامِ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ وَالاِسْتِحَاضَةِ Al-Ibanah Wal Ifadah fi Ahkamil Haidi Wan Nifasi Wal Istihadah Atau Al-Ibanatu wa al-Ifadatu fi Ahkami al-Haidi wa al-Nifasi wa al-Istihadati Atau Al-Ibanah wa al-Ifadah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah

Terdapat dua kaedah transliterasi kata Arab-Rumi, iaitu kaedah sebutan dan kaedah aksara.

1.     1Kaedah Sebutan - Ummul Kitab

2.     2. Kaedah Aksara - Ummu al-Kitab

 

PENGGUNAAN TRANSLITERASI

1.     1Buku atau Teks Ilmiah

    Kata Arab yang terdapat di dalam buku ilmiah hendaklah ditransliterasikan menurut kaedah aksara sepenuhnya dan dicetak dengan huruf condong.

            Ummu al-Kitab

           Ahl al-Sunah Wa al-Jemaah

2.     2. Buku atau Teks Bacaan Umum Separa Ilmiah, Remaja dan Kanak-kanak
   
    Kata Arab yang terdapat di dalam bahan bacaan jenis ini ditransliterasikan menurut kaedah sebutan.

                  Ummul Kitab

          Ikhwanul Muslim

3.    3. Ejaan Kata Arab Umum

    Ejaan kata Arab yang menjadi kata umum dan terdapat di dalam Kamus Dewan Perdana boleh digunakan di dalam buku atau teks bacaan separa ilmiah, remaja dan kanak-kanak.

Lain-lain05.11.2022
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab.
2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal  dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.
Lain-lain23.01.2013
Perkataan `Al’ di depan nama Arab Bagaimana mengeja nama orang Arab yang bermula dengan `Al’ dalam dua situasi. Contohnya: Al-Ma’mun. 1. Situasi di depan nama – Al-Ma’mun. Apakah huruf `A’ itu mesti huruf besar (bukan di permulaan ayat) seperti: Dalam kitabnya, Al-Ma’mun menjelaskan … 2. Situasi di tengah nama - Ishaq al-Junaidi. Apakah huruf `A’ itu ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar? 3. Apakah ejaan `al’ dikekalkan sekiranya terletak di depan perkataan Arab yang bermula dengan huruf d, n, r, s, dan t, seperti: ‘al-Duha’ atau `ad-Duha’? ‘al-Nisa’ atau 'an-Nisa’? ‘al-Ra’d’ atau `ar-Ra’d’? ‘al-Syu’ara’ atau ‘as-Syu’ara’? ‘al-Takwir atau ‘at-Takwir’’? `al-Zalzalah’ atau `az-Zalzalah’? *Apakah kemungkinan ejaannya kekal tetapi sebutan sahaja yang berubah?Mengikut buku Gaya Dewan, ejaan "Al" untuk nama pada awal ayat, gunakan huruf besar.  Contoh: Al-Makmun.  Sekiranya di tengah ayat, gunakan huruf kecil.  Contoh: Dalam kitabnya, al-Makmun mengatakan....Untuk nama Ishak al-Junaidi, gunakan huruf kecil.  Ejaan "al" dikekalkan sekiranya terletak di hadapan huruf d, n, r, s dan t.  Contoh: al-Duha, al-Ra'd, al-Nisa' dan sebagainya.Ejaan20.12.2016
Maksud istilah "Shahid" dalam ilmu tatabahasa Arab?Maklumat yang kami berikan berdasarkan sumber rujukan kami, kamus terbitan DBP dan merupakan ambilan daripada sumber asalnya iaitu bahasa Arab. Syahid bermaksud: 1. saksi iaitu orang yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam; dan orang yang mati kerana agama Islam.Makna02.12.2013
12345678910...

Kembali ke atas