Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata B I

Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(388)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
punca kuasa tigacube rootJika a = b × b × b, maka b ialah punca kuasa tiga a. Simbol bagi punca kuasa tiga ialah ∛  . Oleh itu, ∛ a  = b.Menengah Atas
punca kuasa duasquare rootJika a = b × b, maka b ialah punca kuasa dua a. Simbol bagi punca kuasa dua ialah √  . Oleh itu, √ a = b.Menengah Atas
ketaksamaan linearlinear inequalityKetaksamaan yang melibatkan ungkapan linear seperti ax + b > 0, ax + b < 0, ax + b ≥ 0 atau ax + b ≤ 0, dengan a ≠ 0, a, b dan c ialah pemalar.Menengah Atas
pemfaktoranfactorisationProses mencari faktor-faktor bagi sebarang ungkapan, atau sebutan algebra. Contohnya, (i) pq + pr = p(q + r). (ii) a² - b² = (a - b) (a + b).Menengah Rendah
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
fungsi linearlinear functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajahMenengah Atas
unsur setelement of a setNombor, huruf atau objek yang dikandung oleh suatu set. Contohnya, unsur set {a, b, c} ialah huruf a, b, dan c.Menengah Atas
lajurcolumnSusunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. Lihat ContohMenengah Rendah
kembanganexpansionHasil pendaraban dua ungkapan algebra dalam kurungan. Contoh: (i) a ( b + c ) = ab + ac (ii) ( x + 2 ) (x − 3) = x² − x − 6Menengah Rendah
ungkapan kuadratikquadratic expressionUngkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.Menengah Atas
123

Kembali ke atas