Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep bin: Ali b Musa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata B II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Carnot cyclekitar CarnotFizikHabaKitar unggul yang terdiri daripada empat perubahan tekanan dan isi padu boleh berbalik bagi keadaan fizikal sesuatu bahan, iaitu (i) pengembangan isometer a→b (ii) pengembangan adiabatik b→c (iii) mampatan isoterma c → d (iv) mampatan adiabatik d→a a b d c
Damkholer number group IVnombor Damkohler kumpulan IVKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah haba yang dihasilkan terhadap pemindahan haba secara pengaliran bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai Dm(IV) = Dm | b| dengan Dm(IV) = nombor Damkohler kumpulan IV. Dm = nombor Damkohler kumpulan II, | b| = nilai positif termisiti.
setsetMatematikTiadaSuatu pungutan objek atau benda. Benda-benda itu dikenali sebagai unsur. Contoh: (i) A = {a, b, c} bermakna set A mempunyai unsur a, b dan c. (ii) I = { x: x ialah integer} bermakna set I mengandungi integer.
plusplusMatematikTiadaSimbol + yang digunakan (i) sebagai tanda + (positif) seperti + 3, + a atau (ii) untuk memberi pengertian yang melebihi kuantiti tertentu. Misalnya, B+ membawa erti kuantiti yang melebihi B.
uranium seriessiri uraniumFizikAtom dan NuklearSiri nuklid yang terhasil daripada reputan uranium-238 merangkumi uranium I, II, X1, X2, Y dan Z dan radium A, B, C, CI, CII, D, E, EII, F, G. Sinonim siri reputan uranium, siri uranium-radium.
arbitrary constantpemalar sembaranganMatematikTiadaSimbol yang mewakili nilai pemalar yang belum ditetapkan. Contoh; (i) Dalam persamaan kuadratik ax2 + bx + c = 0, simbol a, b, dan c merupakan pemalar sembarangan. (ii) Garis yang selari dengan garis y = x mempunyai persamaan y = x + c dengan simbol c mewakili suatu pemalar sembarangan.
equivalentsetaraMatematikTiadaSifat yang bererti “sama” dengan tafsiran tertentu mengikut konteks. Contoh: (i) Dua pecahan adalah setara jika nilainya sama. (ii) Dua persamaan dikatakan setara jika kedua-duanya mempunyai punca yang sama. (iii) Dua syarat dikatakan setara jika (a) apabila satu syarat itu benar, yang lain itu pun benar, dan (b) apabila satu syarat palsu, yang lain itu pun palsu juga.
Euler�s equationspersamaan EulerFizikMekanikTiga persamaan pembezaan gerakan bagi jasad tegar yang (a) relatif kepada pusat jisim iaitu dengan menggunakan paksi-paksi utama jasad yang melalui pusat jisim sebagai paksi-paksi koordinat, atau (b) di sekitar suatu titik tetap iaitu dengan menggunakan paksi-paksi asas yang melalui titik tersebut sebagai paksi-paksi koordinat: (i) (ii) (iii) (dengan t = masa; A, B dan C = momen-momen inersia asas; wx, wy, wz komponen-komponen halaju sudut; Gx, Gy, Gz = komponen-komponen kilas dikenakan sekitar paksi-paksi asas OXYZ).
adverse drug reaction (ADR)tindak balas advers drug (ADR)FarmasiFarmakologiTindak balas drug yang menghasilkan kesan berbahaya daripada penggunaan drug pada dos normal. Walau bagaimanapun, ADR berbeza dengan ''kesan sampingan", iaitu ADR mungkin juga boleh termasuk kesan-kesan yang boleh memberi manfaat, kesan tidak memudaratkan, atau kesan memudaratkan. ADR boleh diklasi:fikasikan kepada: i. Jenis A, iaitu kesan fannakologik yang ditingkatkan, bergantung pada dos dan boleh diramal. ii. Jenis B, iaitu kesan keanehan atau idiosinkratik yang tidak bergantung pada dos dan tidak dapat diramal. iii. Jenis C, iaitu kesan yang kronik. iv. Jenis D, iaitu kesan yang tertangguh. v. Jenis E, iaitu kesan selepas rawatan berakhir. vi. Jenis F, iaitu kegagalan terapi.
canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga <b>sanang.b>

12

Kembali ke atas