Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Berita Nasional Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Jauh ayam dalam kurung,
     Kurung bernama Cik Murai;
Padi masak dimakan burung,
     Burung bernama burung punai.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun,
     bernama intan juga.

Bermaksud :

Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga.Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas