Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep 1. Bank Simpanan Nasional; 2. Biro Siasatan Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata BSN


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penggunaan yang betul? Simpan dalam BSN SSP (BSN Sijil Simpanan Premium) atau Simpan dengan BSN SSP?Ayat yang betul ialah Simpan dalam BSN SSPTatabahasa28.06.2022
Lima tahun yang lepas, isteri saya dan saya telah membeli sebuah rumah dengan pinjaman perumahan BSN. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah Lima tahun yang lepas, saya dan isteri telah membeli sebuah rumah dengan pinjaman perumahan BSN.Lain-lain30.07.2022
Assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan singkatan akronim dalam jawi. 1. Adakah akronim BSN dieja dalam jawi sebagai ب. س.ن atau بي. ايس. عين (sila rujuk lampiran) 2. Boleh bantu saya untuk mendapatkan ejaan akronim A-Z dalam jawi? Terima kasihEjaan Jawi bagi BSN ialah .بي.ايس.عين

Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan ejaan akronim huruf A hingga Z dalam Jawi seperti yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk buku bertajuk Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan Terbitan 2020.

Ejaan12.08.2020
Assalamu alaikum. Mohon bertanya akronim dalam ejaan Jawi: 1. BSN 2. Jakim 3. KLCC 4. SMKBSP (SMK Bandar Seri Putra)

                            BSN                                            ب  .س  .ن .
Jakim                                                                         جاکيم

                  KLCC                                                 کي۰    ايل ۰ سي ۰ سي۰

                SMKBSP                                           س۰م۰ک۰ب۰س۰ڨ   

Ejaan16.01.2017
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
Adakah visual Bahasa Inggeris perlu mendapatkan kelulusan DBP. Visual ini akan digunakan pada billboard di kawasan bangunan BSN.Pihak DBP tidak membuat pengesahan teks bahasa Inggeris dalam iklan. Sila  terjemah semua teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa kecuali nama yang telah didaftarkan. Lain-lain23.10.2023
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, 

(i) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

(ii)penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun."
Tatabahasa06.02.2018

Kembali ke atas