Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk bapa; babe. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : panggilan utk orang-orang Cina peranakan: ~ Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Baba

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang kenyalang berbonet bata, Baba Siong menjadi kerani; Alang-alang bertikam mata, Baik dilangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBaju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.
Kurik Kundi Merah SagaBaju hitam dikancing tujuh, Mari dipakai Baba seberang; Kalau tuan berani sungguh, Ambillah saya dalam tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaGunung api di atas gedung, Sudah jerang ke baba Melaka; Sakit kaki kerana beradung, Duk ulang janda celaka.

Kembali ke atas