Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai.tul.mu.qad.dis] | بيتالمقدس

Definisi : Ar Jerusalem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Baitulmuqaddis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Al-Quds (Jerusalem) CommitteeJawatankuasa BaitulmuqaddisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan hasil Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Ke-6 pada Julai 1975. Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji keadaan di Baitulmuqaddis dan meletakkan resolusi OIC atau resolusi pertubuhan antarabangsa lain yang selari dengan pendirian OIC mengenai konflik Baitulmuqaddis. Negara yang menganggotai jawatankuasa ini dipilih oleh Majlis Menteri-Menteri Luar bagi tempoh tiga tahun.
Arab-Israeli WarPerang Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaSiri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun 1967, Mesir dengan bantuan Jordan, Syria dan Iraq menyerang Israel. Perang ini berlaku selama 7 hari dengan kejayaan mutlak Israel. Dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza daripada Mesir, Bukit Golan daripada Syria, dan seluruh Baitulmuqaddis serta Tebing Barat daripada Jordan. Perang pada tahun 1973 pula yang dikenali sebagai perang Yom Kippur, tercetus apabila Mesir dan Syria melancarkan serangan hebat terhadap Israel . Walaupun pihak Israel dapat mempertahankan dirinya tetapi negara tersebut mengalami kemusnahan akibat peperangan tersebut. Perang berakhir dengan gencatan senjata dan diikuti dengan rundingan damai tajaan Amerika Syarikat.

Kembali ke atas