Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar = akil ~ cukup umur atau dewasa (mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara 9 - 12 tahun bagi perempuan dan 12 - 15 tahun bagi lelaki);kebalighan perihal baligh (cukup umur, dewasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sudah cukup besar atau remaja dan sudah matang sifat-sifat kelelakiannya atau kewanitaannya (biasanya berumur 12–15 tahun bagi lelaki atau 9–12 tahun bagi perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Baligh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BALIGH

Baligh, cukup umur atau dewasa mengikut pandangan Islam, biasanya apabila mencapai umur antara sembilan hingga 12 tahun bagi perempuan, dan 12 hingga 15 tahun bagi lelaki.

AGAMAKonsep
ADAT PERKAHWINAN SUNDA

ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi ‘geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena’ yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.

 

BUDAYAKonsep
MUMAIYIZ

Mumaiyiz, ialah seseorang kanak-kanak belum baligh, lazimnya berumur tujuh tahun tetapi mampu membezakan antara perkara yang baik dan buruk, perkara yang bermanfaat dan yang mendatangkan mudarat.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas