Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia tersentak drpd lamunannya apabila telefon ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Berdering

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ke dalam kandang kambing mengembik,
     masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Bermaksud :

Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring. Betulkah perkataan berdering dan perkataan nyaring yang digunakan di dalam ayat tersebut?Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih.

Berdering ialah sesuatu yang mengeluarkan bunyi berdering-dering atau mendering seperti bunyi loceng, telefon, giring-giring dan lain-lain,  manakala nyaring sesuatu bunyi yang kuat dan nyata yang merujuk keadaan atau hal nyaring. Oleh Itu,  ayat jam loceng  yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring  betul.

Makna16.05.2020

Kembali ke atas