Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengeluarkan bunyi kelokok (bkn ayam belanda), berbunyi kelokok: ayam belanda itu ~ apabila diusik oleh budak-budak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Berkelokok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan ini berdasarkan soalan saya yang lepas. Berdasarkan hukum tatabahasa awalan kata nama, PEN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf "g" dan "h" dan "a, "e", "i", "o", "u", serta ada pengecualian untuk kata dasar yang bermula dengan huruf K. Soalan saya adalah terjemahan yang sesuai untuk istilah nama panggilan ayam belanda dalam bahasa Inggeris iaitu Strutter dan Gobbler. Strut ialah perbuatan mengigal. Gobbler ialah ayam belanda jantan, tapi bagi istilah ini adalah panggilannya sebagai haiwan yang suka berkelokok. Bolehkah strutter diterjemahkan kepada pengigal dan gobbler diterjemahkan kepada pengelokok berdasarkan hukum kata awalan. Rujukan di muka surat 111 buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga. Terima kasih.Berdasarkan rumus tatabahasa, kata terbitan yang boleh dibentuk ialah pengigal dan pengkelokok. Walau bagaimanapun, kedua-dua bentuk kata ini tidak ditemukan dalam mana-mana sumber rujukan mahu pun carian di Internet. Kata pengigal mungkin boleh dibentuk, namun agak janggal untuk kata pengkelokok. Penyemakan dan penterjemahan08.08.2021

Kembali ke atas