Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bhd


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. atau SDN BHD ?Ketiga-tiga ejaan bagi perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. dan SDN BHD adalah betul, tetapi SDN BHD perlu diletakkan titik seperti SDN. BHD.Lain-lain03.05.2010
Berdiri Food Tec Sdn Bhd Sdn. Bhd. Adakah nama seperti diatas bersesuaian untuk dijadikan nama syarikat ?Penamaan syarikat sebaiknya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. "Berdiri Food Tec Sdn. Bhd. tidak sesuai dan perlu dielakkan kerana percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam satu nama. Tatabahasa12.09.2022
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHDEjaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad.Ejaan24.05.2012
Hai, Apakah cara yang betul untuk menulis perkataan "Sendirian Berhad" untuk nama syarikat dalam cara yang berbeza secara rasmi? Syarikat XXXX Sendirian Berhad Syarikat XXXX Sdn. Bhd. Syarikat XXXX SDN BHD Sekian. Yang Benar, Salihudin YasinEjaan yang betul ialah Sendirian Berhad, Sdn. Bhd. dan SDN. BHD. Perkataan SDN. BHD. perlu dimasukkan titik kerana merupakan singkatan bagi Sendirian Berhad. Ejaan12.09.2022
Yang mana satu betul dari segi kata nama khas untuk syarikat? Adakah: Syarikat Awang Sdn Bhd atau syarikat Awang Sdn Bhd atau Syarikat Awang Sdn. Bhd. atau syarikat Awang Sdn. Bhd.?Ejaan nama yang betul ialah "Syarikat Awang Sdn. Bhd."Ejaan27.07.2023
Manakah antara berikut yang paling tepat. a. Syarikat Aman Sdn. Bhd. b. Aman Sdn. Bhd.

1.     1. Syarikat Aman Sdn. Bhd.

2.   2. Aman Sdn. Bhd.

Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada nama yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Lain-lain01.05.2023
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih.1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد
2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد
3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد
Ejaan13.12.2019
PIPEMECH SDN. BHD. LUCSTAR SDN. BHD. NO.100, JALAN KAPAR 27/89, MEGAH INDAH INDUSTRIAL, TAMAN ALAM MEGAH, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.Salam sejahtera,

Tuan,

Sila kemukakan soalan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa24.07.2019
SAYA INGIN MEMINTA PIHAK DBP UNTUK MENGESAHKAN TULISAN YANG AKAN DIPAPARKAN DI PAPAN TANDA SEPERTI BERIKUT - 'PIPEMECH SDN. BHD. LUCSTAR SDN. BHD. NO.100, JALAN KAPAR 27/89, MEGAH INDAH INDUSTRIAL, TAMAN ALAM MEGAH, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.'1. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)
2. Sila masukkan keterangan perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan. Contohnya PEJABAT URUSAN
3. TEL.:    (titik untuk singkatan)
4. Betulkan ejaan FAKS
Lain-lain26.07.2019
sekiranya perkataan sdn. bhd. berada di hujung ayat, perlukah diletakkan tanda noktah satu lagi? contoh : Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd..Perlu ada tanda titik -Saya ingin bekerja di Syarikat Amanjaya Sdn. Bhd..Ejaan03.09.2020
12345678910...

Kembali ke atas