Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Alocasia indica; ~ air sj tumbuhan (herba), Aglaonema marantifolium; ~ hitam = ~ kilang sj tumbuhan (herba), Alocasia denudata; ~ kecil sj tumbuhan (herba), Typhonium roxburghii; ~ keladi sj tumbuhan (herba), Colocasia esculentum; ~ putih sj tumbuhan (herba), Alocasia spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), Fagraea crenulata; 3. ki gatal, gasang; spt ~ tumbuh di tepi lesung prb perihal budak yg lekas besar (subur badan);kebirahan kegatalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan spt keladi dan gatal getahnya, Alocasia indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Birah

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti birah tumbuh di tepi lesung.

Bermaksud :

Anak-anak yang lekas subur.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertemu birah dengan keladi.Bertemu lelaki dan perempuan yang sama jahatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti birah tumbuh di tepi lesung.Anak-anak yang lekas subur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti birah tidak berurat.Orang yang pemalas, di mana duduk di situ berbaring.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti birah dengan keladi.Tidak ada bezanya; hampir sama saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buang daun keladi, berselimut daun birah.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buang kuali ambil belanga.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: Buang daun keladi, berselimut daun birah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari semak ke belukar.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas