Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bn


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon panduan sama ada penggunaan perkataan 'yang' dihadapan ayat betul atau tidak: "Yang turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri...."Penggunaan perkataan "yang" di hadapan ayat adalah betul.Tatabahasa17.11.2014
Selamat menyambut 'Bulan Bahasa Kebangsaan'..bilakah agaknya semua rakyat digalakkan\dimestikan berbahasa Malaysia dalam segala bentuk urusan sosial rasmi atau tidak rasmi pada BBK ini? Bilakah kita akan mendengar pemimpin2 politik menunjukkan sifat\sikap Cinta bertutur dlm Bahasa Malaysia dalam perhimpunan agung BN(MCA atau MIC)?Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sewajarnyalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau keturunan punya rasa sayang dan cinta akan bahasa kebangsaan. Kami ucapkan syabas atas semangat cintakan bahasa dan kekuatan jati diri bahasa pada diri saudara.Lain-lain02.10.2010
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih.

1 dan 2.  Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama.

3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 

Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip.

 
4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu?
Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini  Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi.

5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'?

Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri

Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya.

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa19.07.2013

Kembali ke atas