Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bn


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BN ObjectObjek BNMatematikTiadaSingkatan bagi objek Becklin-Neugebauer, punca inframerah, seperti titik dalam awan molekul Orion.
boron nitrideboron nitridaKimiaTiadaBN, terbentuk apabila boron dipanaskan di dalam nitrogen atau ammonia pada atmosfera.
dominant partyparti dominanSains PolitikPolitik PerbandinganParti yang sangat berkuasa dan menguasai kerajaan dalam sesebuah negara. Parti ini mendominasi politik sesebuah negara dan kedudukannya sukar dicabar oleh parti lain. Kekuatan parti ini dibuktikan melalui penguasaannya ke atas kerajaan yang tidak pernah tergugat setiap kali pilihan raya diadakan. Parti ini juga disinonimkan sebagai kerajaan. Penentangan terhadap parti ini sering dianggap sebagai menentang negara atau kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.
majority votesundi majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganUndi terbanyak yang diperoleh oleh seseorang calon atau parti dalam pilihan raya yang memberi mandat kepada calon dan parti tersebut untuk membentuk kerajaan. Undi majoriti ini juga memperlihatkan jumlah dan perbezaan undi yang diperoleh oleh calon dalam pilihan raya. Parti atau pemimpin yang mendapat undi tertinggi akan memenangi pilihan raya dan menguasai kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) mendapat undi lebih dua pertiga dalam pilihan raya Malaysia sejak tahun 1974.
ruling partyparti pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mendominasi dewan perundangan dan menguasai kerajaan dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Parti ini perlu mendapatkan sokongan majoriti di dewan perundangan untuk membentuk kerajaan serta memerintah negara. Parti pemerintah ini boleh muncul dalam bentuk sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau dalam bentuk gabungan seperti Barisan Nasional (BN). Parti pemerintah juga boleh dipilih sekali Iagi dalam pilihan raya berikutnya atau boleh digantikan dengan parti lain, bergantung kepada sokongan majoriti.
major partyparti utamaSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang memiliki sokongan yang besar dan berjaya menguasai kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan. Sokongan yang besar ini memudahkannya melaksanakan dasar menurut perancangan parti memandangkan ia mendominasi keputusan dewan serta dapat berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Parti ini juga jarang mengalami kekalahan dalam pilihan raya, tetapi sekiranya tewas ia akan menjadi pembangkang yang sangat kuat dan menyukarkan pemerintahan parti lain. Contoh parti utama ialah Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Golkar di Indonesia.
swing voteundi beralihSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah.
statepemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganInstitusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara.

Kembali ke atas