Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi lembu;mengeboh mengeluarkan bunyi boh (bkn lembu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Boh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selanat sejahtera, 1.Kami nelawat ke Ladang Teh Boh.("ladang' perlu ditulis dengan huruf besar) 2.Penulisan Cactus Valley dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.Cara penulisan yang betul ialah: Kami melawat ke ladang teh Boh.
Akan tetapi sekiranya Ladang Teh Boh merupakan kata nama khas bagi lokasi tersebut, ayat yang betul ialah:  Kami melawat ke Ladang Teh Boh.
 
Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk Cactus Valley ialah Lembah Kaktus.
Tatabahasa17.06.2022
selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasihPerkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili BohLain-lain23.11.2018
Salam sejahtera, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa persuratan?

Saudara Boh,

Bahasa persuratan bermaksud bahasa yg digunakan dalam penulisan dan dalam karya kesusasteraan.

Lain-lain27.09.2010
Salam sejahtera. Bolehkah penggunaan slang pada billboard dibenarkan? Contoh: "Cepatnya barang sampai boh"Untuk makluman puan, slanga dan dialek tidak boleh digunakan dalam iklan.Lain-lain16.06.2021
Saya nak tahu ejaan untuk bunyi lembu. Ada buku tulis moo moo moo. Ada buku muu muu muu. Yang mana satu betul. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi merujuk bunyi lembu ialah “boh”.Ejaan31.03.2022
Apakah maksud makneka? Contoh ayat : Aplikasi serba makneka ini harus dibubarkan
Perkataan makneka tidak terakam dalam mana-mana kamus DBP. Kata ini juga tidak terdapat dalam korpus DBP. Walau bagaimanapun penggunaan kata ini kedapatan dalam Internet, contohnya:

Segala makneka ada...
segala makneka dia boh dlm tu
ada sgalo makneka sini
Rupanya, segala makneka ada eh


Kami perlu membuat penelitian dan kajian lanjut tentang perkataan ini.

Makna08.02.2023
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”?

Saudara Boh,

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan.

Tatabahasa07.06.2010
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010

Kembali ke atas