Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bridelia stipularis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kenidaikenidaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Bridelia spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kernam, di Sabah ialah balatotan. Spesies utama kayu ini termasuk Bridelia stipularis dan B. tomentosa. Gubal kayu kenidai berwarna kuning coklat, dan amat berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat buah zaitun. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 755 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah diprosesn dan dikemas siap. Saiz kayu kenidai agak kecil, dan ini mengurangkan kegunaannya sebagai sumber kayu balak, tetapi dapat digunakan untuk membuat hulu perkakas dan peralatan kayu kecil.

Kembali ke atas