Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi karbon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ketiga abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ketiga abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata C

Peribahasa

Bertiraikan banir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.

 

Lihat selanjutnya...(170)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1.   sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita.

2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 

3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Istilah23.07.2009
Salam sejahtera, 1. Murid-murid diminta berjalan menuju ke Blok C. 2. Murid Kumpulan D diminta membuat persembahan senamrobik dalam talian. 3.Kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari. * Blok C , blok tulis dalam huruf besar atau kecil termasuk c. *Kumpulan D, kumpulan tulis dalam huruf besar atau kecil. *Vitamin C, vitamin ditulis dalam huruf besar atau kecil? Sila berikan pencerahan.Terima kasih.

Ketiga-tiga perkataan perlu ditulis dengan huruf kecil, iaitu blok C, kumpulan D dan vitamin C kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya kereta, cuaca dan keadilan.

Manakala perkataan yang ditulis dengan huruf besar ialah kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan  seumpamanya. 

Kata nama khas dibahagikan kepada dua kumpulan:
(i) Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia). Contohnya Tun Abdul Razak (manusia) dan Tompok (bukan manusia).
(ii) Kata nama khas tak hidup. Contohnya Melayu dan Universiti Putra Malaysia.      

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 95 - 101.

Tatabahasa25.07.2021
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin meminta pendapat akan terjemahan yang betul untuk "as a whole" bagi ayat berikut: "This Terms and Conditions (T&C) is to be read together as a whole with the T&C 1, T&C 2 and any other relevant terms and conditions as well as other rules and regulations." Cubaan terjemahan: "Terma dan Syarat (T&S) ini hendaklah dibaca bersama sebagai keseluruhan dengan T&S 1, T&S 2 dan sebarang terma dan syarat yang berkaitan serta peraturan dan pengawalan lain." Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "as a whole" bagi ayat berikut ialah "This Terms and Conditions (T&C) is to be read together as a whole with the T&C 1, T&C 2 and any other relevant terms and conditions as well as other rules and regulations" ialah Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama keseluruhan terma dan syarat 1 dan 2 dan mana-mana terma dan syarat
yang berkaitan atau diberikan seperti yang tertakluk pada terma dan syarat lain-lain."
Makna23.06.2020
Dengan penerbitan risalah itu, diharap akan dapat membantu pembaca yang menghadapi masalah memahami teks asal. A Penerbitan dengan B Terbitnya dengan C Dengan terbitnya D Dengan penerbitan tuan, jawaban dalam buku ialah C, amatlah keliru antara C dengan D, haraplah tuan dapat menolong saya. TQFrasa dengan terbitnya risalah itu betul kerana terbit bermaksud siap dicetak, manakala penerbitan bermaksud perihal menerbitkan. Namun frasa penerbitan risalah itu (buang dengan) juga dalah betul. Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.Tatabahasa27.01.2012
Dengan penerbitan risalah itu, diharap akan dapat membantu pembaca yang menghadapi masalah memahami teks asal. A Penerbitan dengan B Terbitnya dengan C Dengan terbitnya D Dengan penerbitan tuan, jawaban dalam buku ialah C, amatlah keliru antara C dengan D, haraplah tuan dapat menolong saya. TQSila hubungi kami semula dan jelaskan soalan saudara. Nyatakan dengan jelas perkataan manakah yang digariskan (dalam soalan) dan asingkan setiap pilihan jawapan.Tatabahasa22.01.2012
Mohon bantuan 1. Anak .................. anugerah Allah. a).ialah b).adalah c).merupakan 2. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. a). di b).dari c). dalam 3. ............... abad ke-20 a). Di b). Pada c). Dalam 4. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. a). Betul b). Salah 5. Institut KITA ............. sebuah institut persendirian. a). ialah b). adalah c). merupakan 6. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... a). Betul b). Salah

Jawapan untuk soalan yang diberikan:
1.  Anak ialah anugerah Allah
2.  Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi
3.  Pada abad ke-20
4.  Dia asyik termenung dari hari ke sehari  -  Salah
5.  Institut KITA ialah/merupakan sebuah institut persendirian
6.  Keputusan yang diambil adalah berdasarkan  ...  Salah

Tatabahasa29.10.2016
budak-budak itu lari_______apabila disergah oleh orang tidak siuman itu. A tuanggang-langgang C lintang-pukang (tuan, jawaban c. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama, mengapakah A tidak boleh diterima. TQ)Kedua-dua jawapan lari 'tunggang-langgang' dan 'lintang-pukang' mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam ayat ini.Makna22.08.2011
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C.Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Salam, Kakak _____ kulit buah kiwi itu sebelum memakannya. A mengopak B mengupas C mengopek D memenggal (A atau B atau C?) Kebanyakan kejadian kebakaran berpunca daripada _____ orang ramai menjaga keselamatan. A kecuaian B kelupaan C kelekaan D kealpaan (A atau D??) Apakah jawapan yang paling sesuai??1. Merujuk Kamus Dewan, perkataan mengupas juga membawa maksud mengopak dan mengopek. Oleh itu, ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 2. Jawapan yang betul ialah kecuaian. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna setiap perkataan yang tersebut.Tatabahasa19.06.2013
12345678910...

Kembali ke atas