Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi karbon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ketiga abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ketiga abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata C

Peribahasa

Bertiraikan banir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon.

 

Lihat selanjutnya...(170)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kerosinkeroseneCecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut.Menengah Rendah
gliserolglycerolCecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik.Menengah Rendah
etanolethanolSejenis alkohol yang berbentuk cecair, tidak berwarna, takat didih 78°C, takat beku -117°C dan larut campur dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol digunakan sebagai pelarut organik dan untuk membuat bahan organik lain seperti etena.Menengah Rendah
natriumsodiumUnsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na.Menengah Rendah
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskan bahan pada suhu 65°C selama 30 minit atau 72°C selama 15 saat dan diikuti dengan penyejukan segera pada 10°C atau kurang.Menengah Atas
skala CelsiusCelsius scaleSkala suhu berdasarkan takat beku air, 0°C dan takat didih air, 100°C.Menengah Rendah
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur.Menengah Rendah
klorinchlorineSejenis gas berwarna hijau kekuningan, larut sedikit dalam air, takat beku -101°C dan takat didih -34°C. Klorin digunakan dalam rawatan air, pembuatan racun perosak, plastik, bahan penyejuk dan bahan peluntur.Menengah Rendah
airwaterCecair yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mempunyai rasa, takat beku 0°C dan takat didih 100°C. Biasanya, 60% – 95% daripada berat badan organisma terdiri daripada air. Formula H2O.Menengah Rendah
airwaterCecair yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak mempunyai rasa, mempunyai takat beku 0°C dan takat didih 100°C.Sekolah Rendah
1234

Kembali ke atas