Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata CUEPACS


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labour movementpergerakan buruhSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk oleh golongan buruh bagi memelihara kepentingan mereka khususnya berhubung dengan upah, kebajikan, tempat kerja yang baik serta layanan yang mesra. Pergerakan ini sering membuat tuntutan sama ada kepada majikan mahupun kepada kerajaan, bergantung kepada isu yang dibawa. Pertubuhan yang mantap ini lama-kelamaan telah membuatkan mereka turut peka kepada masalah sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka kemudiannya bersifat responsif terhadap perkembangan ekonomi dan politik tanah air dengan menyatakan pendirian mereka atau menuntut kerajaan melakukan sesuatu menurut cadangan mereka. Dalam negara tertentu seperti di India, Amerika Latin dan United Kingdom, pendirian mereka telah terikat dengan ideologi tertentu yang menjadikannya sangat rapat dengan parti politik atau pemerintah. Contoh pergerakan buruh yang aktif di Malaysia ialah CUEPACS dan MTDC.
pressure groupkumpulan pendesakPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).


Kembali ke atas