Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Carica papaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aperientjulapHerbaPemiawaianHerba yang mempunyai tindakan melawas. Contohnya, daun betik (Carica papaya) dan lidah buaya (Aloe vera).
papainpapainKimiaTiadaEnzim yang banyak terdapat dalam buah dan daun betik, Carica papaya. Papain yang diekstrak berbentuk serbuk berwarna kelabu yang larut sedikit di dalam air dan gliserol. Enzim ini mencerna protein dan boleh digunakan sebagai pelembut daging. Papain digunakan juga dalam industri makanan, tembakau, farmasi, bahan kosmetik, kulit dan tekstil.
true fruitbuah sebenarBiologiEkologiBuah yang terbentuk hanya daripada ovari misalnya betik, Carica papaya.
dioeciousdiesiusHerbaBotani dan BioteknologiJenis tumbuhan yang mempunyai bunga jantan dan betina pada pokok yang berlainan. Contohnya, betik (Carica papaya) dan rambai (Baccaurea motleyana).
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
polygamouspoligamusHerbaBotani dan BioteknologiJenis tumbuhan yang mempunyai bunga uniseks dan biseks pada satu pokok. Contohnya, pokok mangga (Mangifera indica) dan pokok betik (Carica papaya).
genusgenusHerbaBotani dan BioteknologiKumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar.
nomenclaturetatanamaHerbaBotani dan BioteknologiKaedah pemberian nama saintifik yang tepat kepada spesies tumbuhan mengikut sistem binomial. Sistem penamaan ini mengikut peraturan antarabangsa yang dikendalikan oleh Kod Tatanama Botani Antarabangsa. Nama saintifik yang telah diterbitkan dalam jurnal akan diterima pakai di seluruh dunia. Contohnya, Oryza sativa (padi), Cocos nucifera (kelapa), Hevea brasiliensis (getah) dan Eleais guineesis (kelapa sawit). Tanaman yang telah dikacuk atau dibiakbakakan dinamai mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa Tumbuhan Tanaman setelah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Contohnya, Ananas comosus cv. josapine (nanas) dan Carica papaya cv. exotica (betik).

Kembali ke atas