Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Casuarina equisetifolia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ruruPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Casuarina spp. daripada famili Casuarinacea. Nama tempatannya di Sabah ialah aru dan sempilau. Spesies utamanya ialah Casuarina equisetifolia, C. nobilis, dan C. rumphiana. Gubal kayu ru berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan hingga coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana kehadiran ruji agregat yang besar. Iranya lurus, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, sederhana tahan dan mudah diawet. Kayu ru boleh digunakan untuk hulu peralatan dan tiang pagar. Pokok ru pula ditanam untuk mengurangi hakisan pantai, dan sebagai penghalang angin.
allelopathyalelopatiPertanianAgroteknologiSatu fenomena apabila organisma menghasilkan bahan kimia yang akan mempengaruhi kehidupan organisma atau unsur lain yang berhampiran dengannya. Alelopati boleh wujud sama ada dalam keadaan positif atau negatif, iaitu merangsang atau menjejaskan kehidupan organisma lain. Alelopati boleh berlaku pada sesetengah jenis tumbuhan, alga, bakteria, batu karang dan kulat. Contoh alelopati positif ditunjukkan oleh tumbuhan kekacang yang menyuburkan tanah dengan menambah kandungan nitrogennya. Contoh alelopati negatif ditunjukkan oleh pokok ru (Casuarina equisetifolia) yang daunnya mengeluarkan bahan kimia untuk menghalang spesies lain daripada tumbuh di kawasan berhampiran dengannya.

Kembali ke atas