Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) sj tumbuhan (pokok), Gardenia griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga akar kuning, Allamanda cathartica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Allamanda catharticaAlamandaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Apocynaceae ini juga dikenali sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, tiga hingga empat helai pada setiap buku batang. Daunnya berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng berwarna kuning. Tumbuhan jenis renik yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap Daun sebagai pelawas dan merangsang muntah tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akar digunakan untuk rawatan penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam, dan busung (ascites). Wap daripada rebusan pokok dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala.
Allamanda catharticaalamandaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Apocynaceae yang dikenali juga sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun secara berselang, mempunyai tiga hingga empat helai daun pada setiap buku batang dan berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna kuning. Alamanda merupakan tumbuhan jenis renek yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap. Daunnya digunakan sebagai pelawas dan untuk merangsang muntah tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya juga digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akarnya digunakan untuk merawat penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam dan busung. Wap daripada rebusan tumbuhan ini dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala.
cempakacempakaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam famili Magnoliaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk cempaka hutan dan medang limo, dan di Sabah ialah kepayang ambuk. Spesies utama kayu ini termasuk Aromadendron elegans, A. nutans, Elmerilla mollis, Michelia champaca, M. montana, dan Talauma betongensis. Gubal kayu cempaka berwarna putih kuning muda, dan mudah dibezakan daripada coklat muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 545 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak ringan dan sederhana keras. Kayu cempaka mudah dikerjakan dan mempunyai kadar kecutan yang agak rendah, tetapi sukar dikeringkan. Kayu ini digunakan untuk hiasan kemasan dalaman, papan panel, perabot, dan lantai.

Kembali ke atas