Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nama negara (benua); Tiongkok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata China

Puisi
 

Anak Cina pulang ke China,
     Sampai ke China menjual ragi;
Engkau punya aku pun punya,
     Sama sekerat kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Kuman di seberang lautan tampak,
     gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Orang Cina pergi ke China, Datang ke China berdagang babi; Tuan punya saya pun punya, Sekerat seorang kita berbahagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China menjual ragi; Engkau punya aku pun punya, Sama sekerat kita berbahagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina pulang ke China, Datang ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sedikit seorang kita berbahagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina pulang ke China, Sampai di China menjual arang; Sudah miskin lagi hina, Jauh beza dari orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Cina pulang ke China, Sampai ke China malam hari; Saya tak ingat di mana-mana, Ingat puan sehari-hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Arab ke negeri China, Sampai ke China bertukar nama; Harap tuan saya terima, Sudahkah periksa keadaan bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina pulang ke China, Hendak ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sekeras-keras masih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih cina dari China, Apa ditunggu apa dijaga; Saja rupa tidak bena, Di dalam hati tak akan lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas