Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang (bangsa) yg nenek moyangnya berasal dr negeri China; Tionghua. ~ buta ki orang yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya pula (supaya perempuan itu boleh berkahwin dgn bekas suaminya semula). ~ peranakan a. orang Cina yg telah dilahirkan di Tanah Melayu. b. orang yg ibu atau bapanya berketurunan Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cina ala Cina atau Cina ala Malaysia?Chew Hock ThyeDewan Masyarakat15 May 1974
Cina dan Cina rakyat MalaysiaLee San ChoonDewan Masyarakat15 April 1974
Cina rojak dan Cina pasarChew Fong PengDewan Bahasa1 May 2005
Drama swasta Cina asing untuk penonton Cina tempatan...Mansor PutehDewan Budaya1 September 1994
Cina KelontongSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 February 2007
Cina Malaysia di Beijing tidak lupa bahasa kebangsaanHabibah Mohd. SaminDewan Bahasa1 September 2006
Cina cari makanChew Fong PengDewan Budaya1 June 2005
Cina & India Malaysia pendatang yang membawa kemajuan & pelbagaimasalahHasrom HaronDewan Masyarakat15 November 1979
"Cina" atau "China"T. Masri T. YaacobDewan Bahasa1 September 1979
Antara orang Cina di Malaysia dengan orang Cina di ChinaSeri AmharPelita Bahasa1 May 1993
12345678910...

Kembali ke atas