Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang (bangsa) yg nenek moyangnya berasal dr negeri China; Tionghua. ~ buta ki orang yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya pula (supaya perempuan itu boleh berkahwin dgn bekas suaminya semula). ~ peranakan a. orang Cina yg telah dilahirkan di Tanah Melayu. b. orang yg ibu atau bapanya berketurunan Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera encik/puan, kecapi Cina/ kecapi cina gendang Cina/gendang cina kaligrafi Cina/kaligrafi cina yoyo Cina/ yoyo cina kata C (Cina) perlu ditulis huruf kecil atau huruf besar? minta penjelasan, saya berasa keliru, terima kasih.Perkataan Cina tersebut merujuk kepada bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok). Sehubungan dengan itu, perkataan Cina perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, kecapi Cina, gendang Cina, kaligrafi Cina dan yoyo CinaEjaan29.11.2022
Bolehkah DBP menukar "Tahun Baru Cina" kepada "Tahun Baharu Cina" yang wajib digunakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina? Maksud saya menggalakkan rakyat menggunakan perkataan "baharu" dalam "Tahun Baharu Cina" kerana "baharu" barulah bermaksud benda yang tidak pernah dijumpai. "Tahun Baharu Cina" di sini bermaksud tahun yang belum dilalui dan akan dilalui oleh kaum Cina. Oleh itu kaum Cina meraikan perayaan Tahun Baharu Cina ini. Tolong titikberatkan isu ini. Terima kasih.Kami menerima kedua-dua frasa tersebut kerana dalam konteks umum baru sama maksudnya dengan baharu. Hal ini berbeza dengan wacana bahasa, iaitu konteks khusus dalam bidang bahasa yang terikat dengan rumus tatabahasa.Tatabahasa25.05.2014
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama?Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.Makna21.06.2010
Apakah perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada penceritaan sejarah TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA? dan PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA?Kesesuaian perkataan China atau Cina bergantung pada konteks/bahan yang dimaksudkan. Perkataan China digunakan dan bermaksud negara China dan perkataan Cina pula bermaksud bangsa Cina. Oleh itu, TAMADUN CINA atau TAMADUN CHINA, PERADABAN CHINA atau PERADABAN CINA kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks yang dimaksudkan.Ejaan19.09.2018
Selamat petang, soalan: tahun baru cina atau tahun baharu cina betul? Adakah pengguna baru untuk masa dan baharu untuk barang yang baru dibeli?Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul.

Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.
Tatabahasa29.04.2013
Yang manakah yang betul? kubis cina atau kubis Cina?kubis CinaTatabahasa12.04.2013
selamat sejahtera. 1. . Sin Ling pandai bermain kecapi cina. perkataan cina, perukah huruf besar? terima kasih tuan Cina berdasarkan ayat tersebut merujuk kepada bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari negeri China (Tiongkok). Sehubungan dengan itu, perkataan Cina perlu dieja dengan huruf besar. Ejaan06.11.2018
Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina?Salam sejahtera,

Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul.

Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa07.02.2018
Bagaimana dengan "hari Tahun Baru Cina @ Hari Tahun Baru Cina "Berdasarkan sumber rujukan kami, ejaan yang digunakan ialah hari Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun ungkapan Tahun Baru Cina lebih kerap digunakan dalam kalangan masyarakat.Ejaan24.07.2012
Persoalan tentang tanda baca. 1. Murid-murid mempersembahkan (pertunjukan yoyo cina / pertunjukan Yoyo Cina) di atas pentas.Disebabkan perkataan yoyo cina itu ialah nama khas, maka huruf awal haruslah huruf besar:  Murid-murid mempersembahkan pertunujukan Yoyo Cina.Tatabahasa21.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas