Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang (bangsa) yg nenek moyangnya berasal dr negeri China; Tionghua. ~ buta ki orang yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya pula (supaya perempuan itu boleh berkahwin dgn bekas suaminya semula). ~ peranakan a. orang Cina yg telah dilahirkan di Tanah Melayu. b. orang yg ibu atau bapanya berketurunan Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cina Peranakan Kelantan kian pupusNoor Hammad WarimanKosmo05.10.2006
Cina Peranakan minati bahasa MelayuJamudin IdrisBerita Harian24.10.1995
Cina peranakan Kelantan diserapi budaya tempatanSalbiah AniBerita Harian11.03.1996
Cina Kelantan meriahkan dunia sasteraTorek SulongBerita Harian27.02.1997
Cina ButaAbd. Jalil AliMingguan Wanita24.05.1985
'Cina Buta'Wan Razuhar AZMingguan Timur03.07.1983
Cina mahu guna MandarinAhmad Nazri HashimUtusan Malaysia12.09.2002
Cina diminta tidak bantah dasar kerajaanTuan Nazuri Tuan IsmailBerita Harian06.08.2002
Cina tidak patut prejudis [diwawancara oleh Norzaila Rosli]Jamilah MustafaMingguan Malaysia04.08.2002
Cina Peranakan guna nama Melayu: Dr. Teo [diwawancara oleh Salbiah Ani]Teo Kok SeongBerita Harian01.12.2003
12345678910...

Kembali ke atas