Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ maki a) sj tumbuhan (pokok), gelam bukit, Leptospermum flavescens; b) sj tumbuhan (pokok), cucur (hujan) atap, daing (Kl), rempah gunung (Ph), timur tasik, Baeckia frutescens; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok) akar berimbung, akar kacang betina (purai), akar sesudu, Taeniochlaena griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuning (kunyit-kunyit), Limacia oblongata; akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok), akar selupat, Iodes velu tina; akar ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga jengkal, Neuropeltis racemosa; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya yg berwarna putih atau kuning yg biasanya berbau wangi), Gardenia augusta; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), jati bukit, se(n)tada, Podocarpus neriifolius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang (bangsa) yg nenek moyangnya berasal dr negeri China; Tionghua. ~ buta ki orang yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya pula (supaya perempuan itu boleh berkahwin dgn bekas suaminya semula). ~ peranakan a. orang Cina yg telah dilahirkan di Tanah Melayu. b. orang yg ibu atau bapanya berketurunan Cina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga cinabunga cinaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga cina.
kelarai bunga cinakelarai bunga cinaKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga cina.
Chinese operaopera CinaMuzikTiadaTeater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kan­tonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yuehu, pipa, yang qin, saksofon, violin dan gitar Hawaii.
Anglo-Chinois stylegaya Cina-InggerisLandskapTiadaGubahan atur taman ya ng mempunyai kombinasi taman Inggeris dan taman Cina dan popular di Eropah suatu masa lalu. Lihat juga taman Inggeris dan taman Cina.
Leptospermum flavescenscina makiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Cina maki tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Dalam habitat semula jadi, tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Rebusan daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi.
Chinese kitchenbahagian masakan CinaPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian yang menyediakan hidangan masakan cina.
banbanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Cina yang diklasifikasikan scbagai idiofon yang dipukul serentak. Bon ialah dua papan kayu kecil yang dipegang dengan kedua-dua belah tangan pemain dan dipukul serentak. Alat muzik ini dimainkan dalam opera Cina dan seni penceritaan masyarakat Cina. Sinonim pan.

compradorkompradorSejarahTiadaEgen atau penasihat berbangsa Cina yang dilantik oleh kuasa asing sebagai pengawal pekerja Cina atau orang tengah dalam urusan perniagaan di China.
bangzibangziMuzikTiada

 Alat muzik tradisional negara China yang diklasifikasikan sebagai idiofon, Bangzi ialah blok kayu yang dipukul dengan pemukul kayu. Alat ini dimainkan dalam ensembel opera Cina dan ensembel muzik Cina yang lain.

tarian singatarian singaMuzikTiada

Tarian masyarakat Cina yang melambangkan keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian ini dipersembahkan bagi merayakan Tahun Baru Cina, pembukaan perniagaan baru, majlis perkahwinan dan majlis meraikan tetamu kehormat. Penari pertama menggerakkan kepala singa manakala penari kedua pula menggerakkan badan singa tersebut. Tarian ini diiringi ensembel yang terdiri daripada luo (gong), bo (simbal) dan shigu (dram besar).

12345678910...

Kembali ke atas