Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi burung pipit dll, ciak, ciap; bercip-cip berbunyi cip-cip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mikrocip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ biru (Eko) saham mewah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakaan tentang terjemahan "overclock". Dalam laras pengkomputeran, overclock membawa maksud meningkatkan kepantasan sesuatu cip pemproses dengan mempertingkat voltan yang dipam masuk ke cip. Contoh ayat: Asus ROG is powered by an overclocked Snapdragon 845 CPU. Cadangan terjemahan: Asus ROG diperkasa sebuah cip Snapdragon 845 yang telah digalakAsus ROG diperkasa oleh sebuah cip Snapdragon 845 yang telah dipertingkat sistemnya.Makna11.10.2018
Salam sejahtera, Adakah "car chip tuning" boleh diterjemahkan kepada "penalaan cip kereta"? Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Perkataan penalaan cip kereta boleh digunakan bagi terjemahan car chip tuning.Penyemakan dan penterjemahan08.02.2018
Salam sejatera, Ayat yang berikut saya petik daripada saolan PMR. Ibu MENGACU biskut cip coklat kegemaran kami kami sekeluarga. Ayat tersebut salah dari segi penggunaan kata MENGACU. Selain kata MENGHIDANGKAN, apakah kata lain yang dapat menggantikan kata MENGACU dalam ayat di atas? Terima kasih

Perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan kata menghidangkan ialah menyajikan atau menyediakan makanan. Mengacu bermaksud membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan. Melihat konteks ayat yang diberikan kata menghidangkan atau menyajikan lebih sesuai digunakan. Namun, saudara perlu merujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui guru di sekolah untuk mendapatkan jawapan bagi soalan tersebut.

Tatabahasa18.10.2011
Istilah sesuai bagi system-on-chip. Penjelasan dalam bahasa Inggeris, A system on a chip or system-on-chip is an integrated circuit that integrates most or all components of a computer or other electronic system.Padanan bahasa Melayu bagi istilah system-on-chip (SoC) ialah sistem dalam cip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.01.2024

Kembali ke atas