Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi klorin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cl


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guanidineguanidinaBioteknologiTiadaAgen antivirus, (H2N)2C═NH. Garam guanidina, misalnya guanidina hidroklorida (H2N)2C═NH2+Cl-, dapat merencatkan beberapa jenis pikornavirus, termasuk poliovirus, secara memilih dalam sistem kultur tisu. Guanidina juga berupaya merencatkan biosintesis RNA virus. Bahan ini jarang digunakan sebagai agen terapeutik disebabkan pembentukan mutan yang rintang terhadapnya.
drug eliminationpenghapusan ubatPerubatanTiadaPenyingkiran ubat dari badan sama ada secara metabolisme atau perkumuhan melalui organ tertentu. Kadar penghapusan ubat dapat diukur dengan menentukan nilai pembersihan (Cl) melalui kajian farmakokinetik.
counterionion penimbalFizikNanoteknologiIon yang berfungsi untuk mengekalkan keadaan neutral dalam larutan ionik. Contohnya, kation natrium (Na+) dalam garam biasa ialah ion penimbal untuk anion klorin (Cl-) dan sebaliknya.
salinitykemasinanSains MarinTiadaUkuran jumlah garam terlarut di dalam jasad air yang diukur dalam unit kemasinan praktikal (PSU). Kandungan utama garam di lautan terdiri daripada natrium (Na) dan klorin (Cl) yang merangkumi 85.7% garam terlarut. Komponen lain air laut ialah magnesium (Mg), kalsium (Ca), kalium (K) dan sulfat (SO4).
anion exchange capacitykeupayaan pertukaran anionPertanianAgroteknologiJumlah anion boleh tukar yang berupaya diserap oleh tanah. Unitnya ialah milisetara per 100 gram (mEq/100 g) tanah. Contoh anion boleh tukar ialah Cl-1, NO3-1 dan SO4-2. Tanah yang tinggi keupayaan kadar pertukaran anion biasanya mengandungi banyak bahan liat atau bahan organik dan boleh menyimpan nutrien.
arterial blood gasesgas darah arteriPerubatanTiadaKandungan gas dan bahan kimia dalam darah arteri. Penentuan kandungan dilakukan bagi gas oksigen (O₂), karbon dioksida (CO₂), bikarbonat (HCO₃-), pH (H+), natrium (Na+), kalium (K+), klorida (Cl-) dan laktat untuk menentukan status darah sama ada dalam keadaan keseimbangan asid-bes atau sebaliknya.
frequencyfrekuensiKimiaTiadaBilangan kitaran, ayunan atau getaran, simbol ƒ atau v, yang berlaku pada setiap saat bagi sesuatu sistem yang berkala. Frekuensi disukat dalam unit Hertz atau s-1. Freukensi gelombang bersamaan dengan Cl ialah panjang gelombang).
available elementunsur tersediaPertanianAgroteknologiUnsur-unsur yang boleh diserap oleh akar tanaman bagi merangsang dan menggalakkan pertumbuhannya. Unsur ini biasanya terdapat dalam bentuk ion yang larut dalam air tanah seperti nitrat (NO3), sulfat (SO4) dan klorin (Cl). Unsur ini berbeza dengan unsur yang terikat pada butiran tanah yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan. Kandungan unsur tersedia dipengaruhi oleh pH tanah. Dalam keadaan berasid, unsur tersedia adalah rendah berbanding dengan keadaan pH yang tinggi.
anionanionFizikNanoteknologiAtom atau kumpulan atom yang membawa cas negatif. Cas ini terhasil daripada lebihan bilangan elektron berbanding dengan proton dalam anion. Anion terbentuk daripada bahan bukan logam melalui proses penurunan asid neutral atau sebatian berkutub melalui pengionan. Contohnya, Cl-, SO42-, dan CH3COO-. Sinonim bahan beranion.
drug clearancepembersihan ubatPerubatanTiadaKadar perkumuhan ubat dari darah yang didefinisikan sebagai isi padu darah yang dibersihkan daripada sesuatu ubat dalam satu unit masa. Ia bergantung kepada fungsi organ perkumuhan seperti ginjal dan hepar. Nilai pembersihan sesuatu ubat yang ditandai dengan Cl didapati melalui kajian farmakokinetik.
12

Kembali ke atas