Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Constantinople


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CONSTANTINOPLE UMUM 
PEMBUKAAN CONSTANTINOPLE UMUM 
PERTEMPURAN CONSTANTINOPLE

Pertempuran Constantinople lihat Tentera

darat (Pertempuran darat yang masyhur).

UMUM 
MUHAMMAD AL-FATIH

Muhammad al-Fatih (833 H.– 886 H., /1429 M.–

1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu

putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451

M.), baginda menaiki takhta menggantikan

ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam

bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi

pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam.

Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan,

penyair dan menganugerahkan sebaik-baik

penghargaan kepada mereka. Ayahandanya

mewasiatkan agar membuka kota Constantinople,

lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita

ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada

tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda

dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana

berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu

kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan

Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa

Turki.

UMUM 
BOSPORUS

Bosporus ialah sebuah selat di barat laut Turki

yang menghubungkan Laut Hitam dengan Laut

Marmara. Bosporus ialah sebahagian daripada

terusan yang mengalir dari Laut Hitam ke Laut

Mediterranean. Panjang Bosporus ialah 30

kilometer, dan lebarnya dari 0.8 sehingga tiga

kilometer. Bandar raya Istanbul (dahulunya

Constantinople) terletak di hujung selatan selat ini.

UMUM 

Kembali ke atas