Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi kromium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cr


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computed radiography (CR)radiografi terhitung (CR)Teknologi Maklumate-KesihatanTeknologi yang digunakan untuk mengubah sistem analog pada radiografi konvensional kepada radiografi digital. CR menggunakan piring imejan fosfor yang fleksibel untuk menangkap imej digital. Apabila piring imejan didedahkan kepada sinar-X atau sinar gamma, lapisan fosfor pada piring akan menyimpan imej tersebut. Piring imejan ini seterusnya dibaca oleh pengimbas dan cahaya laser yang terfokus akan mengeluarkan imej yang tersimpan dalam bentuk cahaya foton. Cahaya ini akan dikumpul dan ditukarkan kepada isyarat digital yang akan diproses dan dipaparkan pada komputer.
CR (control register)CR (daftar kawalan)Teknologi MaklumatTiadaDaftar dalam unit kawalan yang mengandungi arahan dan maklumat lain untuk dihantar kepada peranti perisian.
CR (carriage return)CR (kembalian penyorong)Teknologi MaklumatTiadaAksara kawalan yang memberitahu komputer atau pencetak untuk kembali ke titik awal baris berikutnya.
chromiumkromiumKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan VIB (atau 6) jadual berkala, simbol Cr, nombor atom 24, berat atom 51.996, nombor pengoksidaan +2, +3 dan +4, takat lebur 1900oC, takat didih 2672oC, berbentuk logam keras berwarna kelabu, tahan kakis, bersifat karsinogen, larut di dalam asid (kecuali asid nitrik) dan alkali yang kuat, tetapi tidak larut di dalam air, sebatiannya mempunyai warna yang terang dan pelbagai, dan terdapat empat bentuk isotop yang stabil. Sumber semula jadi kromium ialah bijih kromit. Kromium disediakan secara proses termit atau secara penurunan kromit dengan menggunakan karbon. Kromium digunakan untuk membuat aloi dan keluli kalis karat.
reduced third virial coefficientpekali virial ketiga terturunKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali virial ketiga yang dibahagi dengan pemboleh ubah tertentu untuk menjadikannya tidak bermatra CR dan diungkapkan sebagai dengan C = pekali virial ketiga, s = garis pusat perlanggaran, NA = nombor Avogadro.
heavy metalslogam beratBiologiEkologiUnsur-unsur yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang pada amnya beracun pada tumbuhan dan haiwan, walaupun dengan kepekatan yang rendah. Logam-logam ini biasanya merupakan sisa sekitaran, dan menunjukkan pengumpulan biologi. Misalnya, raksa (Hg), kromium(Cr), kadmium (Cd), arsenik, plumbum (Pb), zink (Zn), tembaga (Cu), dan ferum (Fe).
giant magnetoresistance (GMR)magnetorintangan raksasa (GMR)FizikNanoteknologiFenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api.
YUVYUVTeknologi MaklumatTiadaModel warna yang digunakan untuk pengekodan video. Y adalah keluminansan isyarat hitam dan putih. U dan V merujuk perbezaan warna isyarat. U adalah merah minus Y (R-Y), dan V adalah biru minus Y(B-Y). Data YUV perlu ditukarkan kepada RGB melalui proses yang disebut "penukaran ruang warna" sebelum boleh dipaparkan pada skrin komputer. Model YUV ini digunakan kerana penjimatan ruang storan dan penjimatan lebar jalur penghantaran berbanding RGB. YUV adalah setara secara matematik dengan RGB dan bukannya pemadatan RGB. Juga dikenali sebagai video komponen. YUV ditulis dalam pelbagai cara iaitu: (1) Y, R-Y, B-Y, (2) Y, Cr, Cb dan (3) Y, Pa, Pb.
optical diskcakera optikTeknologi MaklumatTiadaMedia storan sekunder yang menyimpan data menggunakan pancaran laser di atas permukaan cakera yang diperbuat daripada plastik. Cakera optik menyimpan data digital seperti perisian, filem, video, muzik atau teks. Cakera optik memiliki kelebihan seperti kapasiti simpanan yang lebih besar, tidak menghadapi risiko kepala tulis/baca terhempas ke atasnya, jangka hayat yang lama (sekitar 30 tahun), tahan suhu panas dan sejuk yang melampau, dan kalis sinar-X. Cakera optik adalah nama generik bagi WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM, DVD-Video, CD-R, DVD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan MO (magneto-optic). WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM dan DVD-Video adalah cakera optik baca-sahaja yang telah dirakam pada masa pengeluarannya dan tidak boleh di padam. Manakala kandungan CD-R, DVD-R, dan magneto-optic (dalam mod WORM) dirakam oleh pengguna dan tidak boleh dipadamkan. CR-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan cakera MO (magneto-optic) boleh dirakam dan dipadamkan berulang kali. Banding cakera magnetik.

Kembali ke atas