Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : aliran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri; bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai; mencucuri 1. menuang air dsb pd, menyi­rami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; mencucurkan 1. mengalirkan turun, me­mancarkan, memancurkan; ~ air mata me­nangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; cucuran aliran ke bawah, pancaran, pan­curan; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl, Tr; mencucurkan memulangkan wang (baki drpd membeli barang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kuih drpd tepung dan bahan-bahan lain yg digoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : aliran atau pancaran ke bawah (ttg air dll). ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh. bercucuran mengalir ke bawah; berpancaran ke bawah: Seraya ia menangis, air matanya ~ bagai manik terurai. mencucuri 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyi­rami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. mencucurkan 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. cucuran, = ~ atap cucur atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kuih yg dibuat drpd tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cucur

Puisi
 

Nak rebut rebutlah selasih,
     Jangan direbut di cucur atap;
Nak rebut rebutlah kasih,
     Jangan direbut dalam dakap.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CUCUR bermaksud?Cucur ialah aliran ke bawah (air) atau kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng.Makna27.04.2009
MAKNA CUCUK, CUCUR, DAN CUCUHCucuk bermaksud sesuatu yang tajam digunakan untuk menusuk, atau paruh, patuk, atau  barisan yang terdepan. Cucur bermaksud aliran ke bawah (air); kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. Cucuh bermaksud memasang atau menyalakan.Makna27.04.2009
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar

a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul

b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul

c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini

Tatabahasa18.04.2011
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi istilah 'haunch', 'eaves', rafter' & 'raft' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan awam?1. Dalam data kami, terdapat istilah haunch (road) dan padanan bahasa Melayu bagi haunch (road) ialah rasuk (jalan) yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.

2. Perkataan eaves dalam bahasa Melayu ialah cucur atap.

3. Perkataan rafter dalam bahasa Melayu ialah kasau.

5. Manakala perkataan bahasa Melayu untuk raft pula ialah rakit.

Puan boleh rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2014
ejaan yang betul sama ada pasembur atau pasembor?

Ejaan yang betul ialah pasembor. Frasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah rojak pasembor dan takrifnya adalah seperti yang berikut:

rojak pasembor
makanan yg biasanya terdiri drp campuran cucur, telur rebus, timun, tauhu goreng dan mi, dan dimakan bersama kuah kacang

Lain-lain21.06.2021

Kembali ke atas