Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DBKL


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DBKL suruh saya apply until iklan kedai dekat DBP, tetapi saya tak data nak jumpa borang aplikasi online. Boleh tolong tunjuk saya macam mana nak apply?Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran).

Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan.

Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat.

Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak.
Lain-lain18.02.2022
DBKL bercadang untuk mengadakan majlis sumbangan kepada komuniti KL yg libatkan persatuan penduduk dan surau yang akan disempurnakan oleh YB Menteri wilayah Persekutuan.. selain tajuk berikut untuk latar pentas MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KOMUNITI KUALA LUMPUR mohon cadangan tajuk lain yang bersesuaian. terima kasihTajuk yang dinyatakan di atas bersesuaian. Walau bagaimanapun, sekiranya sumbangan yang dinyatakan merupakan satu penghargaan terhadap sumbangan, jasa seseorang atau sesuatu pihak tajuk seperti MAJLIS APRESIASI KOMUNITI KUALA LUMPUR boleh digunakan.  Lain-lain15.10.2021
DBKL akan mengadakan majlis apresiasi untuk NGO yang bersama2 menyumbang mengendalikan penempatan sementara gelandangan di KL semasa awal COVID19 selain tagline SEINDAH BUDI, TERPAHAT DI HATI Mohon dapat nasihat dan cadangan lain yang bersessuaian. Terima kasihSlogan yang dinyatakan boleh digunakan. Kami juga mencadangkan beberapa slogan seperti yang berikut:

i. Budi nan indah, tersemat si hati.
ii. Budi nan indah, mekar di hati. 
iii. Seindah budi, terpahat di sanubari.
Lain-lain28.12.2020
Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dan MBSJ atau Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dan MBSJ yang mana betul? terima kasihEjaan dan ayat yang betul ialah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara DBKL dengan MBSJ.  Tatabahasa05.12.2014
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan.Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya.Lain-lain23.09.2019
Soalan : Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dan MBSJ atau Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dengan MBSJ yang mana betul? terima kasih mohon abaikan soalan terdahulu.Ejaan dan ayat yang betul ialah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara DBKL dengan MBSJ.  Tatabahasa05.12.2014
Kelulusan papan tanda untuk DBKL. Sila semak dan nyatakan kelulusan untuk tujuan lesen DBKL. Terima KasihUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain12.01.2012
DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'?

Definisi : Turquoise (colour) warna firus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.


Istilah03.09.2019
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.

Lain-lain15.11.2011
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal.

Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL  memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan.

Tatabahasa23.12.2008
1234567

Kembali ke atas