Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep digital video disc (cakera video digital, iaitu cakera yg boleh menyimpan filem atau muzik yg lebih banyak dan lebih berkualiti berbanding dgn cakera padat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DVD


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital DVDDVD digitalTeknologi MaklumatTiadaNama kependekan kepada DVD-ROM. Lihat: DVD-ROM
DVDDVDTeknologi MaklumatTiadaLihat: digital video disk
optical diskcakera optikTeknologi MaklumatTiadaMedia storan sekunder yang menyimpan data menggunakan pancaran laser di atas permukaan cakera yang diperbuat daripada plastik. Cakera optik menyimpan data digital seperti perisian, filem, video, muzik atau teks. Cakera optik memiliki kelebihan seperti kapasiti simpanan yang lebih besar, tidak menghadapi risiko kepala tulis/baca terhempas ke atasnya, jangka hayat yang lama (sekitar 30 tahun), tahan suhu panas dan sejuk yang melampau, dan kalis sinar-X. Cakera optik adalah nama generik bagi WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM, DVD-Video, CD-R, DVD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan MO (magneto-optic). WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM dan DVD-Video adalah cakera optik baca-sahaja yang telah dirakam pada masa pengeluarannya dan tidak boleh di padam. Manakala kandungan CD-R, DVD-R, dan magneto-optic (dalam mod WORM) dirakam oleh pengguna dan tidak boleh dipadamkan. CR-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan cakera MO (magneto-optic) boleh dirakam dan dipadamkan berulang kali. Banding cakera magnetik.
DVD-ROMDVD-ROMTeknologi MaklumatTiadaTiada
DVD (digital versatile disc)DVD (cakera serba boleh digital)Teknologi MaklumatTiadaLihat DVD (digital video disc)
DVD (digital video disc)DVD (cakera video digital)Teknologi MaklumatTiadaCakera yang memuatkan video dalam bentuk digital. Sinonim DVD (digital versatile disc)
digital versatile disc (DVD)cakera serba boleh digital (DVD)Teknologi MaklumatTiadaSinonim cakera video digital. Lihat cakera video digital(DVD).
DVD-RAM (digital video disk random access memory)DVD-RAM (cakera video digital-ingatan capaian rawak)Teknologi MaklumatTiadaVersi baca tulis piawaian DVD yang membolehkan pengguna komputer melaksanakan rakaman sehingga 2.6 megabait.
DVD-ROM (digital video disk read only memory)DVD-ROM (cakera video digital ingatan baca sahaja)Teknologi MaklumatTiadaNama lain bagi digital versatile video. Cakera padat baca sahaja yang mempunyai kapasiti yang amat tinggi, iaitu 4.7 gigabait (satu lapisan satu permukaan), 8.5 gigabait (dua lapisan satu permukaan), 9.4 gigabait (satu lapisan dua permukaan) dan 17 gigabait (dua lapisan dua permukaan).
digital video disc (DVD)cakera video digitalTeknologi MaklumatTiadaFormat CD-ROM dalam media storan optik yang dipertingkatkan kapasiti dan lebar jalur berbanding cakera padat. Format ini digunakan menyimpan video, data atau maklumat sehingga 17 gigabait pada sekeping CD-ROM, iaitu hampir 28 kali ganda dibandingkan dengan VCD atau CD. DVD mampu menyimpan video berkualiti tinggi dalam format MPEG-2 serta audio sehingga 133 minit. Lihat cakera optik.
123

Kembali ke atas