Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.to/] | داتوء

Definisi : gelaran kehormat di Malaysia yg dianu­gerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg peng­hargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Sri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dato’


Pantun

PantunSumberTema
Dato Patinggi panglima perang, Mati terbunuh di Kuala Skrang; Bertahun kunanti adik kusayang, Baru sekarang wajah kupandang.Pantun Melayu SarawakKasih
Jika ke kebun Dato Penghulu, Ambilkan saya biji saga; Jika tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas