Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, frasa "dari tingkatan 5" betul, atau "daripada tingkatan 5"? "Tingkatan" ialah sejenis peringkat umur, seperti umur 13 tahun berada di tingkatan 1, umur 14 tahun berada di tingkatan 2...tingkatan ini macam peringkat. Jadi, kata sendi nama "dari" atau "daripada" lebih sesuai digunakan?Frasa yang betul ialah "daripada tingkatan 5".Tatabahasa23.02.2015
Salam sejahtera tuan. Adakah frasa/ayat di bawah ini betul? 1. kegiatan lumba haram 2. di tingkatan 1 3. hujan turun tidak henti-henti sejak pagi tadi 4. sebiji telur atau sebutir telur? Terima kasih.Frasa yang betul adalah seperti yang berikut:

1. kegiatan lumba haram

2. di tingkatan 1

3. hujan turun tidak berhenti-henti sejak pagi tadi

4. sebiji telur 

5. sebutir telur
Tatabahasa18.08.2022
1. Pelantikan Zhun Kit sebagai ketua kelas di Tingkatan 4PD telah mendapat (persetujuan) daripada semua rakan sekelasnya. Mengapakah (persetujuan) diberi sebagai kesalahan? 2. Apakah bezanya teresak-esak dengan tersedu-sedan? 3. Terdapat guru yang mengajar penggunaan "sejak" tidak boleh diikuti dengan "dari"? Betul? 4. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. Manakah kesilapan ayat ini? - tidak perlu perkataan "berada" - di dalam kumpulan1. Perkataan persetujuan dalam ayat tersebut adalah tepat dari segi semantiknya. 
2. Teresak-esak sama maksudnya dengan tersedu-sedu. 
3. Sejak bermaksud mulai dari atau dari, oleh itu penggunaan kata dari selepas sejak menjadikan ayat tersebut lewah. Ayat yang lewah bukanlah ayat yang gramatis. 
4. Ayat ini betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa13.05.2012
Saya seorang pelajar tingkatan 6 di sekolah SMK. SAAS, saya bercita-cita hendak menjadi seorang penulis setelah tamat pengajian di tingkatan 6 Atas. Pertanyaan yang hendak saya ajukan ialah bagaimana saya hendak menuju untuk menjalani rancangan cita-cita itu.,?Untuk menjadi seorang penulis, pertama sekali saudara perlu kenal pasti bidang apa yang saudara hendak tulis misalnya novel, cerpen, puisi atau buku umum seperti buku motivasi. Kemudian saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Buku panduan tentang teknik penulisan juga banyak terdapat  di pasaran yang saudara boleh baca. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Dan akhir sekali, untuk menjadi seorang penulis yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat seni yang semula jadi. Lain-lain12.11.2010
Salam sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (TD), kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk kata nama ataupun frasa nama yang merujuk kepada tempat. Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’ Kata sendi nama dan kata arah pula boleh berdampingan untuk menunjukkan hala ataupun jurusan. Persoalannya, adakah ‘di bawah naungan/perlindungan/pengawalan’ ataupun ‘di bawah Kementerian Pelajaran/Ordinan Kemajuan Tanah 1956’ merujuk kepada hala ataupun jurusan? Penjelasan Munsyi Dewan amat dihargai! Sekian.Salam Sejahtera. Kata sendi "di" yang digunakan dalam frasa "di tingkatan lima", "disebut-sebut di bibir" dan "tidak lekang di bibir" merujuk tempat. Kata sendi nama dan kata nama arah "di bawah" dalam contoh frasa yang diberikan merujuk jurusan.Tatabahasa28.04.2014
Salam sejahtera. Penjelasan yang diberikan oleh Munsyi Dewan yang berkenaan tidak lulus pada akal. Saya mengatakan demikian kerana adakah “tingkatan” merujuk kepada tempat? Walhasil, kata “tingkatan” membawa makna taraf ataupun tahap (kedudukan). Buktinya, frasa “sekolah menengah” membawa makna “sekolah daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam” (definisi KD). Mengapakah tidak dikatakan sekolah dari tingkatan satu ke tingkatan enam? Bagaimanakah pula dengan frasa sendi nama “pada peringkat sekolah”, bukan “di peringkat sekolah”? Sepanjang pengetauan saya, “jurusan” membawa makna arah/hala ( dari jurusan Thailand) serta membawa maksud aliran pengajian (jurusan sains). Persoalannya, adakah frasa “di bawah Kementerian Pelajaran” merujuk kepada jurusan ataupun hala? Kata nama “kementerian” merujuk kepada organisasi ataupun institusi yang berhubung kait dengan manusia. Jikalau “kementerian” ialah jurusan ataupun hala, bagaimana pula dengan frasa “menerima surat daripada kementerian”? Penjelasan anda amat dialu-alukan. Sekian.
Salam Sejahtera. Soalan yang diutarakan oleh saudara sebelum ini ialah "Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’?". Kenyataan yang baharu dikemukakan oleh saudara ialah "tingkatan" dan "sekolah menengah". Frasa "di tingkatan lima" merujuk maksud khusus, iaitu tempat. Ayat contoh ialah "Dia belajar di tingkatan lima", dan sebaliknya jika dibuat ayat "Dia belajar pada tingkatan lima" ayat ini adalah salah. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat sekolah" adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia". Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan arah. Semoga penjelasan ini membantu saudara.

Tatabahasa30.04.2014
Tuan, Saya ada kemusykilan. Sekolah saya ada 2 sesi. Sesi pagi merangkumi sesi perdana (Tingkatan 4 & 5) dan Tingkatan 6 atau Pra Universiti manakala sesi petang adalah kelas-kelas dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 3. Ayat-ayat di bawah ini yang mana satu betul? 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi pagi. atau Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana pagi. 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana petang. atau Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi petang. Bagaimana pula dengan tajuk di bawah? Yang mana satu betul? Dialog Prestasi Sesi Perdana Pagi atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Pagi Dialog Prestasi Sesi Perdana Petang atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Petang? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah ayat 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana, manakala ayat 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar tingkatan sesi petang.Lain-lain19.09.2019
Salam sejahtera Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya Canigia Uden. Guru dari SMK Kapit, Sarawak. Saya ingin bertanya tentang perkataan Graduasi. Saya sedia maklum bahawa perkataan ini tiada dalam kamus dewan, juga dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Malah, pernah ada isu dulu bahawa penggunaan perkataan ini tidak dibolehkan di sekolah, terutamanya untuk Tingkatan 6 ataupun MRSM. Oleh kerana sekarang merupakan hujung tahun, banyak sekolah mengadakan majlis kepada pelajar-pelajar yang akan tamat pembelajaran mereka seperti pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan juga di MRSM. Saya melihat banyak sekolah menggunapakai perkataan ini, "Majlis Graduasi MRSM ABCD", ataupun "Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6". Jadi, saya keliru. Adakah perkataan ini sudah dibolehkan untuk dipakai dan diterima ? Mohon pencerahan dan penjelasan daripada yang lebih afdal

Padanan bagi kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan yang bermaksud memperoleh ijazah atau diploma. Bagi pelajar yang akan tamat sekolah tingkatan 5 atau 6, majlis tersebut boleh dinamakan sebagai Majlis Penyampaian Sijil. Walau bagaimanapun, Majlis Graduasi juga sudah boleh diterima pakai.

Istilah24.10.2019
Salam. Boleh saya dapatkan senarai ralat dan pembetulan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang diterbitkan oleh DBP? Terima kasih.Ralat Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, sebarang ralat atau pembetulan akan dikemas kini melalui pautan Kod QR pada kulit hadapan buku teks Sejarah Tingkatan 4. Sekian, terima kasih.Lain-lain09.07.2022
Ayat: Kerja mereka membuahkan hasil Mengikut Buku Teks BM Tingkatan 2, ayat di atas mengandungi Kata Kerja Transitif Aktif. Soalan saya ialah sekiranya ayat tersebut mengandungi Kata Kerja Transitif Aktif, sudah tentu ayat tersebut boleh dipasifkan. Boleh tuan pasifkan ayat tersebut untuk saya. Terima kasih.Ayat 'Kerja mereka membuahkan hasil' boleh dipasifkan menjadi 'Kerja yang sempurna itu dihasilkan oleh mereka' kerana ayat ini berasal daripada 'Kerja mereka membuahkan hasil yang sempurna'. Tatabahasa17.02.2011
123456

Kembali ke atas