Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
darjat1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
darjah1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fah­renheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), ber­taraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat.Kamus Dewan Edisi Keempat
taraf1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: per­adab­an mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menu­rut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, ting­katan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkat1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan ke­dudukan dlm kerja (di pejabat, dlm keten­teraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) ke­lulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, se­darjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, ber­susun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melan­tik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, dar­jah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, peng­angkatan, pelantikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas kambingbp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kerapianperihal rapi: sajak itu di­maksud­kan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; di­susun bantal-bantal itu dgn penuh ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
darjah1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tangga1 tempat berpijak yg ber­tingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. se­tangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kasta1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka; berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita? kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapis I1. = lapisan susunan yg bertingkat­-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; 2. barisan atau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas; berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis; melapis 1. memberi lapis kpd, membuat berlapis; 2. bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain); melapisi merupakan lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi permaidani; melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua; lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas; pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas