Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /i-mél/ maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain. meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. peng-e-melan perihal atau perbuatan meng-e-melkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata E-mel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-mail bombbom e-melTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom e-mel mampu melumpuhkan sistem komputer yang disasarkan kerana perlu memproses penerimaan e-mel yang terlalu banyak dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug.
e-dresse-alamatTeknologi MaklumatTiadaAlamat e-mel yang unik bagi pengguna Internet. Alamat ini mengenal pasti pelayan e-mel yang akan menerima e-mel yang dikirim. E-mel tersebut akan diterima apabila pemilik alamat e-mel tersebut membuka p
e-mail harvestingpungutan e-melTeknologi MaklumatPerisianProses automatik yang menggunakan perisian bot untuk menggelintar alamat e-mel yang terdapat pada laman web. Kemudian, alamat e-mel ini dipungut dan diletakkan ke dalam pangkalan data yang akan digunakan untuk menghantar e-mel yang tidak diminta.
fraudulent e-maile-mel tipuKriminologiKeadilan JenayahSejenis penipuan yang dilakukan secara sengaja dengan menggunakan e-mel sebagai medium untuk mengaut keuntungan atau mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu atau organisasi. Contohnya, e-mel yang dihantar kepada seseorang berkaitan dengan pewarisan harta walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan harta tersebut.
flamebaraTeknologi MaklumatTiada1. Mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita yang kesat atau menghina peribadi. 2. Perbuatan menghantar mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita yang kesat atau menghina peribadi. 3. Perbuatan mengkritik peribadi seseorang dengan menggunakan mesej e-mel atau pengeposan kumpulan berita.
spammingpenspamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan menghantar e-mel yang biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa jua bentuk teks, grafik, atau fail lampiran yang tidak diingini kepada penerima-penerima yang tidak mengundang atau meminta e-mel tersebut. Penerima e-mel ini dipilih sama ada secara bersasaran atau secara rawak. Sinonim e-mel remeh.
mail bombbom melTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat.
spamspamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerE-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran.
E-mail (electronic mail)E-mel (mel elektronik)Teknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej dan lampiran dokumen elektronik dari peranti elektronik ke satu peranti elektronik lain.
spammingpenspamanTeknologi MaklumatTiadaPenghantaran e-mel remeh yang banyak kepada pelayan e-mel atau senarai mel atau papan buletin komputer yang menyebabkan peti mel penuh.
12345678910...

Kembali ke atas